EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Friday, December 01, 2006

Blog Dari KLIA

Ini merupakan blog yang pertama aku tulis dari KLIA. Hari ini dalam perjalanan ke Kuching untuk satu Klinik Kejurulatihan olahraga di Kuching. Sebenarnya flight aku ialah jam 5.50 petang tetapi kerana miss flight, aku minta tukar ke next available flight. So semasa pergi ke MAS office aku diberitahu flight berikutnya ialah jam 6.35 petang. Aku setuj kerana flightnya hanya setengah jam dari masa aku berada di kaunter dalam pejabat MAS. So kira oklah, taklah terasa sangat menunggu. Tapi as usual la kena denda RM 100 satu tiket. Maksudnya aku kena bayar RM 200 untuk dua orang. Sebenarnya aku telah dilantik untuk menjadi LO (Pegawai Perhubungan) kepada seorang jurulatih olahraga dari Jamaica En. Lennox Graham yang dibawa khas oleh kerajaan untuk bengkel kejurulatihan bagi acara pecut.

Apabila pergi ke kaunter check-in dan setelah selesai check-in aku mendapat tahu bahawa flight kami ialah pada jam 10.15 malam. Alamak. Lama lagi. Apa boleh buat, kalau nak waiting list untuk flight jam 6.30 takut nanti tak ada tempat. So aku bersetuju sahaja untuk flight berkenaan.

Kali ini pengalaman aku yang kedua miss penerbangan. Beberapa tahun lalu, aku miss penerbangan juga disebabkan tersangkut di lebuhraya (ingat!!!! lebuhraya). Pertama dekat Bangi. Dari tiga lorong tinggal 1 lorong. Hampir setengah jam tersangkut di sana. Kemudian sekali lagi tersangku t selepas plaza tol KLIA. Kali ini disebabkan kenderaan yang banyak untuk ke F1. Yang hairannya mengapa semua lorong dibenarkan untuk kegunaan kenderaan hendak ke F1. apakah mereka khususnya polis trafik tidak menyedari bahawa ada orang hendak ke KLIA. Sepatutnya biarkan satu lorong untuk ke KLIA agar perjalanan mereka tidak tersekat.

Aku ketinggalan penerbangan ini sebenarnya kerana lewat bertolak dari Kuala Lumpur. Keluar dari rumah jam 2.15 petang. Pergi pejabat dahulu untuk selesaikan beberapa kerja dan mengambil tiket. Kemudian minta drebar hantar. Tunggu punya tunggu, drebar tidak sampai. akhirnya aku mengambil keputusan untuk suruh anak hantar. Nasib baik tidak suruh mereka pulang. Jam 3.35 petang bertolak ke Concorde untuk membayar bil hotel En. Lennox.

Jalan jam di Tun Razak, aku mengambil keputusan untuk cuba di DBP. Pun jam juga. Terus perig ikut Jalan Kuching. Lega apabila Jalan di hadapan muzium menuju hingga ke Masjid Negara tidak sesak. Rupa-rupanya kesesakan bermula daripada jejambat berhampiran Menara Bank rakyat. Dari situ membawa ke persimpangan Jalan Tuanku Adul Rahman - jam!!!. Terhenjut-henjut kereta dan sampai Concorde jam 4.00 petang. Selepas buat pembayaran, terus rushing ke KLIA. Perjalanan keluar dari KL jam hingga Lebuhraya KL-Seremban. Aku memberitahu Along, drebar yang ditugaskan untuk bersama kami, mengikut KESAS kerana takut jam di Tol Sungai Besi dan selepas itu hingga Bangi. Maklum sahaja waktu balik kerja, Hari Jumaat pula, tentu ramai yang akan balik Setemban atau Melaka kerana cuti hujung minggu.

Sampai KLIA 5.35 petang. Sure miss flight punya. Terus saja masuk MAS office dan buat pemindahan flight.


No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger