Hari ini bertolak ke Sandakan dengan Air Asia. Kali terakhir aku ke Sandakan ialah pada tahun 1979 sewaktu aku berkhidmat di Kota Marudu, Sabah. Sepatutnya sudah bertolak pada hari Ahad 3 Disember yang lalu tetapi memandangkan ada satu lagi tugas resmi yang penting, aku terpaksa menangguhkan pemergian ke Sandakan.
Naik Flight Air Asia AK 5162 (pic yg sebelah tu) yang dijadualkan pada jam 2.00 petang tetapi delay sehingga 3.05 minit petang. Biasala- bagi mereka yang sering naik Air Asia mungkin itu perkara biasa. Selalunya aku travel dengan MAS kalau pergi untuk tugas resmi. Tetapi inilah prinsip aku, jika penganjur tidak mampu untuk membiayai perjalnan dengan MAS, tak kisah jika naik Air Asia. Yang penting ilmu dapat disampaikan dan program berjalan seperti yang dirancang.
Apa yang menarik aku duduk pada kerusi 1A. Tu kalau MAS kira Business class tu(perasan). Tapi Air Asia semuanya economy class. Dapat merasa juga duduk kawasan business class.
Perjalanan kali ini walaupun aku tunggu-tunggu, tetapi tidak menyeronokkan kerana aku sedang mengalami sakit gigi. Gigi pre-molar sebelah kiri atas itu sudah goyang, tetapi sebelum ini tidak rasa sakit, maka aku tidaklah pergi cabut. Lagipun aku ni amat takut kalau nak ke klinik gigi. Terpaksa tahan saja sakit yang datang sekali-sekala itu.
Sampai Sandakan jam 5.55 petang. Kali pertama aku mendarat di Sandakan. Ketibaanku disambut oleh Farhan dan terus bawa aku ke Hotel Indah, Bandar Indah, Sandakan.
Malam itu seorang lagi rakan karibku Alias yang bersama dengan aku dalam program Tunas Cemerlang, Majlis Sukan Negara sejak permulaannya pada tahun 1989 datang dan membawa aku, Tony (bukan nama sebenar) dan Bell (bukan nama sebenar) untuk makan malam. Kami dibawa ke Sim Sim untuk makan ikan bakar. Sememangnya ikannya fresh kerana Sandakan ini terletak berhampiran laut. Berbeza dengan ikan di Kuala Lumpur yang kadang-kadang sudah berminggu-minggu disimpan dalam ais.
B ersambung......
No comments:
Post a Comment