Hari ini hadir rumah terbuka KBS di Stadium Putra, Bukit Jalil. Tahun ni rumah terbuka selesa sedikit berbanding tahun lepas sebab diadakan di dalam stadium yang berhawa dingin. Tahun lepas diadakan di luar dan suasana agak panas.Menteri Belia dan Sukan Datuk Azalina Othman Said nampaknya berada di dewan sepanjang masa rumah terbuka itu. Ini menunjukkan yang beliau menghormati tetamu yang hadir yang terdiri dari berbagai lapisan masyarakat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan Kementerian beliau.
Show juga menarik dan antara yang diundang untuk membuat persembahan ialah Nowseeheart, Salwa Abd Rahman dan Maya. Di samping itu juga bintang dari AF seperti Haziq, Salimah dan Nora juga turut memeriahkan majlis. Jimmie Shanley juga turut hadir.
Lihatlah abang 'Bob' yang di'dera' oleh Maya untuk bergelek semasa menyampaikan sebuah lagu dangdut yang memeriahkan majlis. Sportingnya abang Bob ini dan semua yang telah naik ke pentas .

Lihatlah abang 'Bob' yang di'dera' oleh Maya untuk bergelek semasa menyampaikan sebuah lagu dangdut yang memeriahkan majlis. Sportingnya abang Bob ini dan semua yang telah naik ke pentas .



No comments:
Post a Comment