Minggu hadapan 13 November 2006 satu aktiviti menarik akan berlaku. Mesyuarat Agung UMNO di PWTC, Kuala Lumpur. Saya tidak pernah menghiraukan tentang pekembangan UMNO sejak tahun 1998 tetapi kali ini ia menarik perhatian saya disebabkan isu pertikaian Pak Lah dengan Dr M. Dr. M telah tidak dipilih oleh Bahagian Kubang Pasu sebagai salah seorang perwakilan hasil kejayaan perancangan licik pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah. Dr. M telah diplayout oleh orang-orang yang bergayut padanya dahulu. Inilah UMNO.
Dalam Mstar, laporan menyebut Tan Sri Muhamad Muhamad Taib telah mengeluarkan amaran yang agak keras kepada Dr. M agar jangan kacau persidangan kali ini. Keras nampak dan menunjukkan yang beliau ada buruk sangka terhadap bekas PM itu.
Nota: Doa Allahyarham Dato Fadzil Noor agar Dr. M panjang umur dan tengok sendiri kesalahannya terhadap DSAI dan rakyat. Semua tuduhannya terhadap Pak Lah adalah apa yang dilakukannya dahulu.
Gambar dari Mstar
No comments:
Post a Comment