Satu berita yang tidak ingin didengar oleh kira-kira 2.02 juta pelanggan siaran berbayar itu. Utusan Malaysia (online) hari ini menyiarkan bahawa All Asia Broadcast Networks Plc. akan menaikkan yuran langganan bulanan berkuatkuasa serta merta. Berita kenaikan sememangnya sesuatu yang tidak ingin didengar oleh pelanggan Astro.
Mengikut Ketua Pegawai Eksekutif Astro TV, Rohana Rozhan, “Kali terakhir harga langganan itu dinaikkan sebanyak RM5 adalah tiga tahun lalu iaitu Mei 2004. Sejak tempoh berkenaan, kami telah menyerapkan peningkatan kos ini menerusi operasi yang lebih cekap, meningkatkan infrastruktur dan melakukan tawar-menawar dengan pembekal program penyiaran,”
Apakah yang dimaksudkan operadi yang lebih cekap seperti yang dikatakan beliau? Saya melanggan ASTRO sejak tahun 90an lagi dan saya tidak nampak apakah operasi yang lebih cekap yang beliau makaudkan. Penerimaan siaran ASTRO adalah sama seperti dahulu juga. Mesej siaran tidak dapat diterima masih juga berlaku setiap kali cuaca tidak baik, tetapi ASTRO tidak melakukan sesuatu utuk memperbaikinya. Oh, mungkin operasi yang dimaksudkan ialah dengan mengenakan caj RM 20 untuk sambungan semula siaran selepas diputuskan akibat kelewatan membayar . RM20 untuk satu klik tetikus.
Inilah akibatnya apabila berlaku monopoli dalam sesuatu perkhidmatan. Beberapa ketika dahulu kita dimaklumkan tentang kemunculan satu lagi siaran TV berbayar iaitu MITV. Sememangnya ramai yang tertunggu-tunggu siaran tersebut termasuk pelanggan ASTRO yang bercadang untuk menamatkan langgangan dan berpindah ke MITV. Tetapi akhirnya hampa kerana yurannya lebih tinggi khususnya untuk membeli decoder.

No comments:
Post a Comment