EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Sunday, May 27, 2007

Kepimpinan KeADILan

Dari Harakahdaily

Azmin Ali antara tiga muka lama kekal Naib Presiden KeADILan
Wan Nordin, Zaili Muhamad dan Intan Abdullah
Sun | May 27, 07 | 01:57:56 PM

SEREMBAN, 27 Mei (Hrkh) - Tiga muka lama yang menyandang jawatan Naib Presiden KeADIlan mengekalkan jawatan itu setelah dipilih perwakilan dalam Pemilihan Jawatan Naib Presiden parti itu bagi Kongres KeADILan Kali keempat yang diadakan di Sekolah Tinggi Chung Hua di Seremban bermula 25 hingga 27 Mei (Ahad).

Muhammad Azmin Ali (728 undi), Mustafa Kamil Ayob (604) dan Dr Lee Boon Chye (menewaskan dua calon lain iaitu Xavier Fernandes dan Fuziah Salleh, setelah seorang calon iaitu Timbalan Pengerusi KeADILan Sabah, Dr Jeffry Kitingan menarik diri di saat akhir.

Sementara bagai jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan pula dimenangi oleh Dominique Ng Kim Ho dengan undi 817, Ustaz Dr Badrol Amin Bahron (807); Sivarasa Rasiah (738);N.Gobalakrishnan (672); Dr Zaleha Mustafa (628); Yahya Shari (554); Johari Abdul (521); Irene Fernandes (509); Kotapan (508); Latheefa Koya (433), Saiful Izham Ramli (427); Badrul Hisham Shaharin (415), Nizam (415), Haji Ansari (408); Animah Ferrer (407), Khalid Jaafar (380) dan Zakaria (327).

Pemilihan kali ini menyaksikan antara pertandingan terbesar bagi jawatan MPT setelah 64 nama mengesahkan untuk merebut 20 tempat bagi jawatan tersebut.

Terdahulu sebelum ini, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan sebagai Presiden parti setelah dua calon lain, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Abdul Rahman Osman menarik diri di saat akhir atas dasar kepentingan parti.

Dr Syed Husin Ali pula kekal sebagai Timbalan Presiden setelah menang tanpa bertanding sebelum kongres dimulakan.

Tubuh Majlis Syura, kuatkan jentera wanita

Terdahulu, dalam satu perbahasan ucapan dasar Presiden KeADILan, wakil wakil Pahang, Mohd Nor Jaafar, parti itu perlu lebih mendepani dari segala aspek kerana Sistem Semakan Daftar Pemilih (SSDP) PAS lebih canggih dari Sistem Menang Pilihan raya (SISMEP) milik PKR yang menjadikan parti itu lebih terkehadapan dari segi gerak kerja teknikalnya.

"Kita perlu melakukan sesuatu bagi merubah situasi ini, jika tidak bagaimana kita ingin menghadapi Umno Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang," tambah beliau.

Beliau menambah, di Felda wanita Umno berkeliaran melaksanakan tugasan mereka dari rumah ke rumah mempengaruhi kaum wanita tanpa ada sesuatu tentangan pun dari Wanita PKR, ini yang merunsingkan kita.

"Justeru itu saya menyeru Wanita KeADILan meningkatkan lagi usaha atau prestasi mereka bagi mematahkan segala perancangan jahat BN ini," kata beliau.

Dalam pada itu, wakil Pulau Pinang, Mokhtar Shafie semasa membahaskan ucapan dasar Presiden KeADILan hari ini mencadangkan agar KeADILan menubuhkan Majlis Syura yang terdiri daripada golongan Ulama dan profesional.

Majlis ini antara lain dicadangkan untuk berfungsi sebagai mengenal pasti calon bagi jawatan dalam KeADILan, kerana ada calon yang tiada bahagian tetapi boleh menang dalam pertandingan.

"Ini seolah-olah seorang Jeneral yang tiada pembantu dan tentera, bagaimana dia akan berjaya dalam melaksanakan segala perancangan dan gerak kerja," katanya.

Bunuh karier politik Khairy Jamaluddin

sementara itu dalam satu lagi perbahasan ucapan dasar Presiden, wakil Bandar Tun Razak, Othman Karin berkata, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan sebagai perosak kepada bangsa ekoran daripada pelbagai insiden yang berlaku semasa pilihan raya kecil Ijok yang lalu.

Menurutnya, tindakan menantu Perdana Menteri itu yang muncul dalam setiap kekecohan dan pergaduhan di Ijok adalah bukti yang jelas bahawa Khairy adalah perosak kepada imej partinya.

"Kita hendaklah membunuhnya daripada perjuangan ini, dan jangan bagi dia ruang dalam landskap politik tanah air kita " seru Othman kepada semua perwakilan.

"Buatlah sesuatu jika Khairy datang ke tempat anda, siapkanlah telur busuk untuk dilemparkan kepadanya," cadang beliau kepada semua ahli PKR setelah apa yang berlaku di Ijok dalam pilihan raya kecil April yang lalu.

"Kita tidak mahu mendengar namanya lagi bahkan tidak mahu melihat dia menuding jari kepada pimpinan kita," katanya tegas

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger