EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Saturday, April 28, 2007

AF Konsert Ke 7- Apa Yang Tidak Sepatutnya Dilakukan

Saya tidak mengikuti Konsert AF yang disiarkan setiap minggu secara tekun tetapi sambil melakukan kerja-kerja lain. Tetapi konsert ke kali ini menarik perhatian saya untuk memberikan komen di sini kerana ada sesuatu yang bagi saya tidak sepatutnya dilakukan oleh penerbitnya. Di penghujung konsert Aznil menyanyikan lagu ayah dan ibu dan ibu-bapa peserta di bawah ke pentas untuk bertemu dengan anak masing-masing. Bagi saya suasana sebegitu tidak sepatutnya dihidupkan memandangkan pihak ASTRO memang menyedari yang salah seorang pelajarnya, Aswad merupakan anak yatim piatu. Saya rasa sebak bukan dengan pertemuan ibu-bapa dan anak masing-masing tetapi melihat wajah Aswad yang sebatang kara itu dan bagai tercari-cari insan yang paling dicintai di dunia ini. Walaupun dia kelihatan tabah berhadapan dengan suasana ketika itu, tetapi saya rasa perasaan sedih yang dirasai oleh Aswad adalah jauh lebih dalam. Bagi saya ASTRO telah melukai hati seorang anak yatim.

Walaupun saya masih ada kedua-dua ibu-bapa dan tidak merasai apa yang anak yatim rasai tetapi melihat Aswad ketika itu dapat memberikan kepada saya kesayuan hatinya. Bukan simpati tetapi empathi. Aznil telah memberi penjelasan kemudian bahawa walau Aswad anak yatim tetapi ibu-bapa pelajar yang lain menganggap Aswad bagai anak mereka juga. Mana sama ibu-bapa sendiri dengan ibu-bapa rakan. Lainlah jika kesemua ibu-bapa yang datang itu ibu-bapa angkat kepada pelajar-pelajar yang lain.


Semoga ASTRO lebih berhati-hati dalam mengendalikan rancangan mereka.


Aizad yang terkeluar kali ini dan sememangnya ramai yang tidak mempercayai Aizat terkeluar minggu ini. Beliau hanya mendapat 10% undian.

Dari laman web AF "Aizat menjadi pelajar kelapan tersingkir dari Akademi Fantasia walaupun mendapat empat lampu biru dari Pengkritik tetapi ia belum mampu untuk meyakinkan pengundi untuk terus mengundinya untuk ke peringkat yang seterusnya. Semangat serta keyakinan yang dibekalkan oleh Pengkritik untuk Aizat wajar dibawa untuk beliau mengharungi hari-harinya sebagai seorang anak seni.

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger