MCMC telah mengeluarkan arahan rancangan Sensasi TV3 diharamkan kerana telah benar-benar memenuhi kehendak tajuknya- sensasi. Memang sensasi apabila kini tetamu yang telah menjadikan rancangan tersebut benar-benar sensasi, Rosnah Mat Aris digam oleh RTM selama setahun dan berkuatkuasa serta-merta.
Tindakan RTM itu bukan hanya melibatkan Rosnah Mat Aris seorang tetapi ramai lagi artis yang telah berlakon dalam drama yang disertai oleh beliau. Adalah tidak adil kepada penerbit-penerbit yang mungkin pada masa ini sedang menunggu giliran untuk drama terbitan mereka (yang turut dibintangi Rosnah) disiarkan dan kesannya dijangka lebih teruk dari sekadar Rosnah kena gam. Sebagai seorang Islam bukan saya hendak mempertahankan Rosnah tetapi sekadar memaklumkan bahawa ramai orang yang tidak bersalah akan terbabit dan ini melibatkan periuk nasi mereka. Rosnah sudah meminta maaf secara terbuka dan insaf dengan keterlanjurannya dan sewajarnya beliau dimaafkan.
Kalaupun RTM hendak gam Rosnah, biarlah digam secara individu daripada menjadi tetamu sebarang rancangan untuk selama setahun atas kesilapan tanpa melibatkan pihak lain. Berbeza dengan penyanyi atau ulama yang digam oleh RTM sebelum ini kerana hanya individu berkenaan sahaja yang kena. RTM patut fikirkan juga periuk nasi orang lain bukan Rosnah seorang sahaja.

No comments:
Post a Comment