EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Thursday, March 01, 2007

Cerita Kafien

Cerita tentang kafien. Aku dulu memang kuat minum kopi. Mungkin mewarisi datukku yang kuat minum kopi sehingga namanyapun dengan sambungan perkataan kopi. Nasib baik aku pun tidak mendapat gelaran yang sama. Oklah.....kopi. Kalau nak tengok bola lewat malam, kena bancuh kopi kaw-kaw baru tak mengangtuk. Kalau tidak mahu berjaga malam jangan minum kopi sebelum tidur. Aku ni, minum satu kole kopi pun kalau dah nak mengantuk, mengantuk juga.


Dulu sewaktu aku memandu dari Alor Setar ke Kuala Lumpur waktu malam, mesti pekena kopi dulu agar tidak mengantuk. Hmhh.... baru saja lepas R&R Juru dah mula menguap. Nasib juga dapat sampai R&R Gunung Semanggol dan aku pun tidur dari jam 10.00 malam hinggalah jam 7.00 pagi esoknya. Hah... minum kopi tidak mengantuk.

Hari ni aku tertarik dengan apa yang tertera di Yahoo tentang kopi. Caffiene - good or bad?

Apa itu caffiene? Wikipedia memberi jawapan sebagai xanthine alkaloid compound that acts as a stimulant in humans. Stimulant merupakan sesuatu yang boleh meransangkan seseorang. Selain kafien, tembakau juga mengandungi bahan yang boleh menjadi stimulant ini. Oleh itu kafien boleh meransang peminumnya. Bahan trimethylxantine yang terdapat dalam kafien boleh memberikan kesan positif dan negatif. Minuman yang mengandungi kafien antaranya ialah kopi, teh, minuman bergas dan minuman tenaga.


No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger