Aku baru saja balik ke Kuala Lumpur dari Alor Setar dengan menaiki bas ekspress Jelita Transtour. Memandangkan musim cuti sekolah sudah berakhir dan perjalanan adalah pada hari minggu, maka penumpang tidaklah ramai. Bas tidak penuh. Kerusi aku 5A iaitu kerusi single sebelah kiri di tingkat atas. Apabila bas mula berlepas aku pun pindah untuk ke belakang kerana ada tempat kosong dan aku boleh meletakkan beg laptop aku di kerusi kosong sebelah aku.
Pada mulanya perjalanan lancar tetapi apabila aku mula hendak tidur da penumpang di kerusi bertentangan sebelah kiri ku juga mula tidur, nightmare pun bermula. Bukan apa dia mula berdengkur. Kalau dengkuran biasa tidaklah begitu menganggu sangat. Tetapi dengkuran lelaki itu cukup pelik aku rasa. Bunyi dengkurannya macam lembu kena sembelih. Jika tidak tahu macam mana lembu kena sembelih, dengarlah bunyi lembu itu selepas disembelih dan ia adalam proses hendak habis nafasnya. Begitulah bunyi dengkuran lelaki di sebelah aku itu.
Sejak menaiki bas untuk perjalanan antara Kuala Lumpur- Alor Setar dan sebaliknya, inilah kali pertama aku berhadapan dengan suasana tidak selesa itu. Terasa menyesal pula berpindah ke kerusi belakang itu.

No comments:
Post a Comment