Baiklah di bawah diperturunkan resipinya.
Bahan-bahan
Nasi putih
Perencah Nasi goreng perasa ikan bilis
Sedikit planta margarine
Perencah Mi goreng mi segera
Kari kepala ikan (kuah sahaja)
Dua biji telur ayam
Cara-caranya
Gaulkan nasi dengan semua perencah yang disediakan sehingga rata. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak serta sesudu planta. Apabila sudah cukup panas, masukkan nasi yang telah digaul dengan perencah tadi.
Pecahkan dua biji telur ayam dan goreng sehingga masak. Tidak perlu masukkan garam dan MSG lagi kerana perencah tadi sudah pun ada campuran tersebut.
Inilah hasilnya.
No comments:
Post a Comment