Memang ramai yang ketagih dengan paparan wallpaper yang cantik pada skrin handphone, nada dering atau kad ucapan yang mana sebahagian besarnya akan dipadamkan selepas itu. Ada yang sanggup berhabisan duit untuk melayan ketagihan tersebut. Hasil daripada itu, syarikat-syarikat pengendali SMS mengambil kesempatan untuk menyedut duit pengguna telefon bimbit sama ada secra sedar atau tidak sedar. Persoalannya mengapa sanggup membuang duit begitu sahaja dan yang untungnya hanyalah penyedia pekhidmatan SMS itu sahaja.
Baru-baru ini semasa membaca akhbar online, saya ternampak iklan untuk neon wallpapers. Memang manarik kalau skrin telefon, apa lagi percuma. Aku pun tertarik juga sebab ianya percuma. Kalau kena bayar, sorry la. Sku pun klik pada iklan tersebtu dan dibawa ke laman yang berkenaan. Lihat paparan iklan tersebut di bawah dengan daya penarik yang besar NEON WALLPAPERS dan perkataan FREE. Siapa tak terpikat dengan barangan percuma. Apa yang perlu dilakukan ialah hanya mengisir nombor telefon bimbit anda dan anda akan mendapat wallpaper percuma itu. Nasib baik aku belum masukkan nombor telefon ke dalam ruangan yang disediakan. Wallpaper percuma itu hanya untuk kali pertama sementara setiap wallpaper selepas itu dikenakan caj RM 4.00 setiap setiap satu dan sekiranya anda subscribe, anda akan dicaj sebanyak RM 12 seminggu iaitu untuk 3 mesej. (Klik gambar di bawah untuk mendapatkan informasi lebih lanjut). Sekiranya anda masukkan nombor telefon anda bererti anda bersetuju dengan Terms and Condition syarikat pengendali tersebut. Secara mudahnya dengan menyerahkan nombor telefon bimbit anda bererti menyerah tengkok anda kepada syarikat tersebut. Kemudian apabila anda hendak membatalkan langganan anda dikenakan bayaran lagi sebab pembatalan dibuat melalui SMS juga. Fikir saja. Adakah anda untung dengan mendapat wallpaper berkenaan?.
No comments:
Post a Comment