Hairan mengapa kerajaan takut sangat untuk mendedahkan perjanjian dengan syarikat konsesi tol. Seolah-olah kerajaan hendak menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat yang memberi kepercayaan dengan mengundinya. Datuk Seri Samy Velu telah berkata yang perjanjian itu dikategorikan sebagai sulit dan tertakluk di bawah OSA. Bermakna sesiapa yang memilikkinya tanpa kebenaran boleh dipenjarakan. Kesalahan menyimpan perjanjian konsesi tol ini nampaknya sama status dengan mengancam keselamatan negara. Hari ini Mstar melaporkan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah kiow mengesa sesiapa yang masih menyimpannya menyerahkan dokumen itu kepada pihak polis.
Sudah empat kali protes membantah kenaikan tol diadakan dan dalam semua protes itu hanya pihak parti pembangkang dan NGO sahaja yang mengambil bahagian. Jadi nampak jelas bahawa mereka ini sahaja yang terjejas dengan kenaikan kadar tol. Mereka dari BN, polis yang mengawal dan menangkap mereka yang menyertai demo dan yang tidak dikategorikan sebagai pembangkang mungkin banyak duit untuk membayar tol. Lihat gambar protes kenaikan tol yang lepas di sini.

No comments:
Post a Comment