Rakyat Malaysia khususnya yang memilikki kenderaan tidak akan terlepas daripada membayar tol apabila melalui jalan-jalan yang 'terbaik di rantau ini' . Membayar tol bukan satu masalah sebenarnya tetapi kenaikan yang berlaku boleh dikatakan setiap tahun itulah yang merunsingkan fikiran khususnya kepada pemandu yang terpaksa melalui jalanraya bertol setiap hari untuk menjalani aktiviti harian. Sebahagian besar daripada mereka 'terpaksa' melalui jalan bertol setelah jalan biasa dirampas untuk dibina lebuhraya bertol dan mereka tiada pilihan.
Pada 7 Januari 2007 yang lalu satu demonstrasi telah diadakan di Sunway sebagai membantah kenaikan yang terlalu tinggi iaitu antara 20% hingga 60%. Nampaknya mereka yang menggunakan lebuhraya bertol ini terpaksa berhadapan dengan masalah ini hampir sepanjang hayat. Ini kerana kenaikan tol seperti yang MOU yang berat sebelah antara kerajaan dan syarikat konsesi ada yang akan berterusan sehingga 30 tahun. Secerdik-cerdik kerajaan pun terkena juga oleh golongan kapitalis yang bagi mereka adalah keuntungan untuk mereka semata-mata.
Bagi memahami lebih lanjut masalah tol ini sila baca di sini dan sini di bawah tajuk For whom the toll toll?

No comments:
Post a Comment