EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Monday, December 25, 2006

Banjir Besar Di johor

Banjir besar telah melanda negeri Johor dan ianya satu fenomena yang dikatakan berlaku sekali dalam tempoh 100 tahun. Sebelum ini apabila tiba musim tengkujuh, kita akan mendengar negeri-negeri di pantai timur akan dilanda banjir. Tetapi kali ini kita terkejut dengan apa yang berlaku di Johor. Segala itu kehendak Allah. Saya yang tinggal di kawasan yang tidak dilanda banjir hanya mampu bersimpati dengan apa yang mereka di Segamat, Muar, Kota Tinggi dan lin-lain kawasan yang ditimpa bencana tersebut.

Melihat gambar-gamabr yang dipaparkan melalui akhbar, tv dan internet sememangnya begitu teruk sekali. Apa lagi dengan penganut Kristian menyambut Hari Natal dan seminggu lagi, sekolah akan di buka untuk musim persekolahan tahun2007.

Apa yang menarik saya untuk menulis blog ini ialah satu berita yang disiarkan dalam Mstar yang bertajuk Wakil rakyat Segamat nafi laporan kes taun. Berita itu melaporkan bahawa wakil rakyat yang merupakan anggota Parlimen Segamat, Datuk S. Subramaniam menafikan berita (menurut laporan khabar angin) bahawa terdapat tiga kes taun di Segamat akibat bencana banjir itu.

Berita itu memetik beliau sebagai berkata; penduduk di daerah itu tidak terdedah kepada risiko penyakit berkenaan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau berkata walaupun bekalan air paip terputus, ia hanya bersifat sementara.

"Bekalan air dan sistem sanitasi di sini adalah baik. Orang ramai tidak perlu panik," katanya.

Jabatan Kesihatan daerah itu sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi kemungkinan merebaknya wabak penyakit bawaan air itu.

Dalam berita sebelum itu, Pegawai kanan kesihatan Segamat, Dr Zaharah Mohd Salleh dilaporkan sebagai berkata tiga kes taun dikesan di daerah itu dalam tempoh lima hari lepas dan jabatan itu bersiap sedia menghadapi merebaknya wabak tersebut.

Beliau di petik sebagai berkata tiga kes taun dikesan di Sekolah Menengah Tinggi Segamat, yang kini digunakan sebagai pusat pemindahan banjir.

Dr Zaharah berkata selepas menemubual mangsa taun itu, jabatan tersebut mendapati bahawa mereka dijangkiti penyakit tersebut selepas minum air yang tidak dirawat.

"Kita juga menguji sampel darah daripada mangsa banjir itu di pusat pemindahan bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang penyakit.

Apa yang saya ingin bangkitkan di sini ialah sikap wakil rakyat Segamat itu yang dianggap angkuh kerana menafikan maklumat seorang pakar (Dr. Zaharah Mohd salleh). Kita semua sedar setiap kali bencana berlaku, risiko pencemaran dan wabak penyakit sudah pasti akan timbul. Oleh itu wakil rakyat tersebut tidak sepatutnya menafikannya tetapi sebaliknya mengeluarkan kenyataan agar rakyat yang diwakilinya mengambil langkah-langkah berjaga-jaga supaya penyakit tidak berlaku.

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger