EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Saturday, November 18, 2006

Terperangkap Di Shah Alam

Shah Alam;17 November 2006
Seingat aku ini pertama kali dalam hidup aku terperangkap di atas jalan raya. JAM!!!!!. itulah yang lebih tepat. Sejak berhijrah ke Kuala Lumpur, belum pernah aku terperangkap sedemikian rupa. Bertugas di Shah Alam sejak seminggu lalu perjalanan antara rumah di Bukit Jalil dan Shah Alam tidaklah setension memandu masuk ke bandaraya Kuala Lumpur di waktu puncak. Walaupun ada jam di beberapa tempat, perjalanan boleh dikatakan smooth flowing.

Memang apa yang ditulis ini akan menjadi bahan ketawa mereka yang setiap hari terpaksa terperangkap dalam kesesakan lalulintas Kuala Lumpur, tetapi bagi aku ini adalah satu pengalaman. Sesuai dengan blog ini 'Xperience of life'.

Sebelah petang hujan turun begitu lebat sekali. Diiringi angin yang kencang sehinggakan pukul 5.00 petang sudah nampak bagaikan jam 7 petang. Sewaktu aku meninggalkan Pusat Akuatik Darul Ehsan, hujan sebenarnya sudah berhenti. Apabila melihat tangki minyak hampir kosong, aku mengambil keputusan untuk mengisi minyak dulu sebelum bertolak balik. Terpaksa isi di Shell (ingat terpaksa) kerana tidak jumpa stesen Petronas (buy Malaysian) di sekitar Concorde, Shah Alam.

From GENERAL PHOTOS


Then on the way balik sehingga Bulatan Kayangan, trafik smooth flowing. Then sebaik sahaja masuk kawasan bulatan kesesakan sudah mula dirasakan. Beberapa waktu kenderaan tidak bergerak langsung. Dari Bulatan Kayangan hendak sampai Tesco yang tidak sampai satu kilometer, mengambil masa hampir satu jam setengah. Nasib baik isi minyak kereta dahulu, jika tidak sudah pasti kereta akan kehabisan minyak dan tersadai di situ.


From GENERAL PHOTOS

Perjalanan yang hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit itu, kali ini hampir 2 jam setengah dari Shah Alam ke rumah di Bukit Jalil.


No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger