EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Monday, November 13, 2006

Istana Negara Yang Baru

BERNAMA melaporkan bahawa satu kompleks Istana Negara yang baru bernilai RM400 juta akan di bina disatu kawasan atas bukit berhampiran Jalan Duta bagi mengantikan istana sekarang yang sudah digunakan sejak tahun 1928. Istana baru ini dijangkan siap pada tahun 2009.

  • Kumpulan Seni Reka Sdn Bhd dilantik menjadi arkitek istana baru itu dan kontraktor pembinaan yang bertanggungjawab pula ialah Maya Maju Sdn Bhd.
  • Istana sedia ada akan dijadikan muzium Diraja.
  • Tapak tanah istana baru itu telahpun digazetkan untuk pembinaan sebuah istana sejak 30 tahun yang lepas.
  • komponen utama projek pembinaan Kompleks Istana Negara merangkumi bangunan istana itu sendiri, bangunan sokongan, rumah kediaman kakitangan istana dan polis, pejabat keselamatan, kem mini tentera dan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta.

Foto BERNAMA diambil dari Mstar.com.my

Raja adalah lambang ketuanan negara ini. Sudah selayaknya Raja diberikan tempat kediaman yang dapat menunjukkan ketuanan itu.

Komen: Berdasarkan gambar artist impression, rekabentuk luarannya adalah biasa dan tidak menampakkan keistimewaan istana Raja Melayu. Pada pendapat saya, iasepatutnya mempunyai siri yang boleh menjadikan daya tarikan rakyat tempatan mahupun pelancung untuk merakamkan satu lambang institusi Raja Melayu dan bukannya sebuah banglo mewah. Maaflah, saya hanya seorang rakyat pacal yang hina yang ingin melihat Rajanya bersemayam di satu tempat yang indah dan menarik.

Apabila siap kelak bermakna Yang Dipertuan Agong ke 12 akan menjadi Agong pertama mendiami Istana Negara yang baru itu.

Selepas itu KDYMM Tuanku Sultan Kedah pula akan menaiki takhta sebagai Yang Dipertuan Agong ke13. Sebagai rakyat ke bawah Duli Tuanku patik berdoa dipanjangkan usia dan akan menjadi Agong buat kali kedua. Ampun Tuanku patik pacal yang hina.

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger