4 November 2006, aku membuat pembayaran untuk mendaftar sebagai ahli VIP dalam satu perniagaan 'e-commerce'. Suremau.com. Yuran kehalian ialah sebanyak RM 1oo dan selepas ini aku kan memperolehi satu produk 'Wonder Reliever' (gambar sebelah)
Sebenarnya aku pernah mendaftar dan membuat pembayaran untuk beberapa perniagaan online sebelum ini. Dulu pernah mendaftar sebanyak USD100 kepada sebuah syarikat yang dikendalikan oleh seorang yang bergelar Dr. HH Lim. (Tak tahu sama ada doktor betul atau tidak) Perniagaannya ialah berkaitan dengan menguruskan pengiklanan di mana ahli akan dibayar mengikut respons yang diterima oleh syarikat selepas iklan dibuat. Aku yakin untuk mendaftar setelah menyemak nama Dr. tersebut dalam perjanjian Dr tersebut memberitahu yang wang deposit itu akan dikembalikan sekiranya aku ingin menarik diri dari. Saya telah metakkan iklan dalam beberapa website dan mendapat respons. Apabila menghubungi syarikat tersebut mereka meminta password e-mail saya kononnya untuk menyemak respons sebelum mebuat pembayaran. Sehingga hari ini , satu sen pun saya tidak perolehi dari syarikat tersebut. Apabila saya meminta wang deposit dikembalikan mereka tidak respons langsung.
Selepas itu saya juga "melabur" dalam beberapa syarikat lain seperti mymode dan intrena.com. Satu sen pun tak balik.
Harapan saya pelaburan kali ini akan memberi pulangan. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment