EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Monday, October 16, 2006

Shopping Raya

Harini keluar KL untuk shopping. Bukan banyak na beli. Untuk aku tak der apa nak cari. Yg penting anak-anak. Naik LRT dari stesen Bukit Jalil ke stesen Mesjid Jamek. Tambang RM 1.90 . Better this way sebab kakau bawa kereta ; minyak, masa, wear and tear, parking, stress. Naik LRT just duduk and sampai stesen.

Bawa trolley bag yang aku baru beli di Langkawi. Kira okla kalau beli barang banyak sebab masuk beg dan heret saja. Last-last banyak juga. penuh satu beg. Cuma wife beli kain untuk buat baju kurung. Then gi Kamdar beli pakaian untuk anak.

But one thing yang menarik perhatian aku ialah semasa masuk sebuah kedai My First Lady kat Jalan tuanku Abdul Rahman. Aku sangkakan kedai itu butik biasa di mana terdapat pakaian-pakaian elegan untuk wanita. Tak sangka ramainya orang dalam kedai itu macam kat pasar malam. Susah juga nak bergerak. Rupa-rupanya butik itu menjual pakaian moden untuk wanita Islam. Ertinya pakaian-pakaian yang dijual di situ sesuai untuk dipakai oleh wanita Islam kerana lebih berkonsepkan menutup aurat walaupun tidak seperti yang dikehendakki oleh Islam iaitu menutup aurat kecuali tapak tangan dan muka. Namun sekurang-kurang tidaklah mendedahkan seperti fesyen-fesyen moden masa kini. Pendek kata tidaklah menyakitkan mata memandang. Satu lagi ciri menarik pakaian di butik itu, ia kebanyakkan plain. Jika ada pun hiasan yang minima.

Dulu semasa di Langkawi aku dah belikan sepasang pakaian hasil butik ini. Tatau, jurujual tu kata kalau kat KL harganya seratus lebih tetapi dia offer hanya RM 68.

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger