Setiap kali tiba Hari Raya, sudah pasti salah satu item yang mendapat perhatian ialah Kad Raya. Kad merupakan penganti diri untuk menyampaikan ucapan sempena meraikan salah satu hari kebesaran Islam itu. Namun demikian sejauh manakah kad raya masih mendapat sambutan hari ini? Ramai orang semakin gemar menghantar e-card dan SMS. Satu lagi trend yang mungkin akan mendapat sambutan ialah dengan menghantar MMS. Walau apa media yang digunakan sekalipun apa yang penting ialah sikap ingat mengingat antara satu sama lain disamping bermaaf-maafan.
Inilah kad pertama yang aku terima tahun ini daripada Ahmad Omar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris
No comments:
Post a Comment