Perkataan terbitan seperti Deeparaya dan Kongsiraya dan masih lagi digunakan dengan meluasnya khususnya di gedung-gedung perniagaan setiap kali tiba perayaan yang ada hubungkait dengan agama dan jatuh pada tarikh yang hampir sama sebagai gimik melariskan perniagaan. Tahun ini 2006 sekali lagi perayaan Deepavali dan Aidil Fitri jatuh hanya selang dua hari antara satu sama lain. Sekali lagi perkataan Deeparaya menjadi hiasan dan slogan perayaan. Apakah tahun ini kerajaan Malaysia yang mengamalkan Islam Hadhari akan menganjurkan sambutan Deeparaya peringkat negeri dan kebangsaan. Adalah malang sekali bagi orang Islam dan agama Islam sekiranya hari kebesaran Islam ini disulam ke dalam perayaan agama lain. Islam adalah agama besar dan sebagai agama yang besar ia tidak perlu bergantung kepada agama lain untuk menyambut hari kebesarannya.
Sebagai umat Islam marilah kita besarkan dan agungkan agama kita sendiri dan sambutlah Hari Raya Aidil Fitri dan bukannya Deeparaya. Dalam Islam tidak ada hari kebesaran yang dinamakan sebagai Deeparaya.
Harakahdaily menyiarkan berita berikut:
Haram bagi umat Islam campur aduk Hari Raya dan Deepavali? | |
Oleh Jabatan Mufti Perak
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Hrkh) - Umat Islam adalah dilarang sama sekali mencampur adukkan perayaan orang Islam dengan perayaan bagi orang-orang kafir dalam apa juga bentuk sekalipun.
Menyentuh tentang para peniaga yang menggunakan perkataan "Deeparaya" yang dipercayai lahir dari gabungan perkataan Deepavali dan Hari Raya, Jurucakap Jabatan Agam Islam Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, adalah haram bagi umat Islam menggunakan perkataan tersebut meskipun hanya untuk gimik melariskan jualan mereka.
Isu ini pernah dibangkitkan beliau dalam satu sesi soal jawab agama melalui Radio Tiga Ipoh pada 22 Oktober 2004 bersamaan 8 Ramadhan 1425 hijrah.
Menurut Ustaz Zamri, dalam konteks tersebut surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku" perlu diberi perhatian oleh seluruh umat Islam.
Berkata mengenai hukum merayakan perayaan orang kafir beliau berkata, Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah sepakat menyatakan ia sebagai salah satu perbuatan yang diharamkan.
Justeru katanya, umat Islam dilarang merayakan perayaan membabitkan kepercayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu.
"Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita mengakui keIslaman kita," kata Ustaz Zamri lagi./wann
Selanjutnya di http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.htm
No comments:
Post a Comment