Pada 9 Oktober 2006 saya telah menulis dalam blog ini bertajuk "Express Bus Luggage Tag" bagaimana IGP yang baru mencadangkan semua barang yang dibawa oleh bas ekspress diletakkan tanda nama seperti bagasi untuk kapalterbang. Cadangan itu dibuat sebagai susulan satu letupan dalam ruang meyimpan barang sebuah bas Ekspress di Hentian Putra.
Hari ini dalam mstar dilaporkan pula Kerajaan akan menguatkuasakan satu undang-undang bagi mengawal pembangunan di kawasan tanah tinggi yang mempunyai ciri ketinggian lebih 300 meter serta kecuraman 15 darjah ke atas untuk mengelak kejadian tanah runtuh.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azmi Khalid berkata dengan undang-undang itu, setiap pembangunan yang akan dibuat perlu melalui kajian daripada Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan geoteknik bagi memastikan kawasan itu bersesuaian untuk tujuan pembangunan atau tidak.
Persoalannya mengapa baru sekarang kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang mengawal pembangunan du kawasan tanah tinggi. Tentu ramai masi ingat tragedi Highlands Towers di Hulu Kelang yang runtuh pada tahun 1993 dan mengorbankan banyak nyawa. Bangunan itu runtuh kerana pergerakan muka bumi dan ia juga adalah satu proses tanah runtuh. Mengapa tidak selepas trajedi tersebut akta mengawal pembangunan di tahan tinggi tidak dilaksanakan?
Hari ini kalau kita lihat muka bumi negara kita, kehijauan tanah tinggi yang sejuk mata memandang semakin gondol akibat kerakusan pemaju perumahan yang hanya memikirkan keuntungan sahaja. Negara masih banyak kawasan tanah rendah mengapa kawasan tanah tinggi dijadikan pilihan untuk membina kondominium, pangsapuri dan perumahan mewah.
Bukit-bukau dijadikan Allah sebagai pasak kepada bumi dan apabila pasaknya diceroboh, maka muka bumi akan menjadi tidak stabil. Semoga apa yang dinyatakan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu bukannya cakap politik.
Farewell My Blog
-
I have retired from the blogging era since 2018/2019. But everyday people
keeps on coming and asking me bout my ‘retired life’. Do tell the world, I
have...
1 year ago
No comments:
Post a Comment