EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Monday, September 04, 2006

Saman Trafik Turun

Laporan dari mSTAR

Saman trafik turun sehingga 70%

04-09-2006 08:30:54 PM

PETALING JAYA: Polis hari ini mengumumkan penurunan menarik dan banyak, sehingga 70 peratus, kadar kompaun saman bagi kesalahan-kesalahan trafik.

Pengurangan ini dibuat dengan mengambil kira kesulitan kewangan orang ramai akibat kenaikan kos sara hidup, kata Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Mustafa Abdullah.

Berkuatkuasa hari ini, kadar baru kompaun (kadar lama dalam kurungan) seperti senarai berikut:

Kemalangan tidak membabitkan kes yang tidak boleh dikompaunkan**
Lori/bas - RM200 (RM300)
4WD/kereta/teksi/van - RM150 (RM300)
Motosikal - RM100 (RM300)

** kes-kes yang tidak boleh dikompaunkan termasuklah kemalangan maut, memandu dalam keadaan mabuk, pemandu bawah umur tanpa lesen, memandu dengan cuai dan berbahaya, tiada perlindungan insurans dan lumba haram seperti ditakrif mengikut Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003

Pandu laju
Lori/bas - RM90 (RM150)
4WD/kereta/teksi/van - RM70 (RM150)
Motosikal - RM50 (RM150)

Tidak pakai tali pinggang keledar
Teksi - RM50 (RM150)
Van - RM50 (RM80)
4WD/kereta - RM50 (RM70)

Tidak pakai topi keledar
Motosikal - RM30 (RM70)

Tidak boleh buat pusingan 'U'
Lori/bas - RM90 (RM200)
4WD/kereta/teksi/van - RM70 (RM100)
Motosikal - RM50 (RM70)

Potong cara bahaya, potong barisan
Lori/bas - RM90 (RM200)
4WD/kereta/teksi/van - RM70 (RM100)
Motosikal - RM50 (RM70)

Melanggar lampu merah
Lori/bas - unchanged (RM200)
4WD/kereta/teksi/van - RM150 (RM200)
Motosikal - RM100 (RM150)

Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
Lori/bas - RM90 (RM200)
4WD/kereta/teksi/van - RM70 (RM100)
Motosikal - RM50 (RM70)

Tidak beri laluan sebelum membelok
Lori/bas - RM90 (RM200)
4WD/kereta/teksi/van - RM70 (RM100)
Motosikal - RM50 (RM70)

Kesalahan lesen memandu
Lori/bas - RM90 (RM150)
4WD/kereta/teksi/van - RM70 (RM80)
Motosikal - RM30 (RM70)

Kesalahan lesen kenderaan
Lori/bas - RM90 (RM150)
4WD/kereta/teksi/van - RM70 (RM80)
Motosikal - RM30 (RM50)

Memandu di lorong kecemasan
Lori/bas - RM90 (RM200)
4WD/kereta/teksi/van - RM70 (RM100)
Motosikal - RM50 (RM70)

Kes waran
Semua kenderaan - sekali ganda daripada harga tawaran tetapi tidak lebih RM300 (RM300)

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger