Apa lepas ni? Apabila YB Menteri Pengangkutan dah respons.
Mula-mula dah seronok baca berita saman trafik diturunkan sehingga 70%. Bukanlah bermakna ada peluang buat kesalahan trafik. Tetapi sekurang-kurangnya taklah membebankan dan jika kena saman boleh dijelaskan dengan mudah sebab tidak banyak sangat. Bagi saya ia bukanlah bertujuan untuk mengalakkan pengguna jalanraya melakukan kesalahan lalu lintas. Ini kerana kadang-kadang pesalah trafik itu teraniaya dan kerana nasibnya tidak baik hari itu dia kena saman.
Kalau kita perhatikan ramai pengguna jalanraya melakukan kesalahan dan terlepas dari kena cekup sebab nasib dia baik. Kita yang mematuhi peraturan puna naik bengkerk bila melihat pemandu lain melanggar peraturan lalulintas. Kita Q bagi nak rak kat lampu isyarat, tup-tup pemandu melaun tu datang dari belakang dan berada dalam lorong yang salah terus sahaja melepasi lampu hijau. Tak bengang ke? Di highway pun apa kurangnya. Bila ketiga-tiga lorong sudah sibuk dan kenderaan slow moving, ada pula melaun yang berdesup di lorong kecemasan. Tak pula kena saman. Sebab? Tak ada polis.
Sebenarnya orang melanggar peraturan lalu lintas bukan kerana saman murah atau mahal tetapi kerana sikap. JPJ telah melaksanakan sistem KEJARA jadi pesalah trafik yang melakukan kesalahan bukankah boleh dikenakan mata penalti yang boleh menyebabkan tindakan susulan diambil. Jadi apa salahnya saman yang murah dan dia boleh melakukan lebih banyak kesalahan tetapi dia tidak akan terlepas dari dikenakan penalti KEJARA.
Adalah diharap pihak Polis Trafik tidak kembali menaikkan bayaran saman. RM 150 tu banyak oooooooo......
Farewell My Blog
-
I have retired from the blogging era since 2018/2019. But everyday people
keeps on coming and asking me bout my ‘retired life’. Do tell the world, I
have...
1 year ago
No comments:
Post a Comment