Nama
Paris Hilton pastinya menarik minat ramai orang. Saya pun sebenarnya tidak pasti di jadi terkenal tetapi mengetahui nama itu kerana menerima berpuluh-puluh e-mail dalam Bulk main saya menawarkan VCD tentang artis ini. Sehingga hari ini saya tidak mengetahuai apa kandungan VCD itu tetapi boleh membayangkan ia sesuatu yang panas.
Di sini saya bukan nak menceritakan tentang VCD dan kehangatannya tetapi berita yang mengatakan beliau ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
DUI. Apa itu DUI? Oh, rupa-rupanya
Driving
Under
Influence. Baru saya tahu . Mengikut beritanya ditahan oleh polis Los Angeles awal pagi Khamis kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol. Beliau digari dan dibawa ke balai polis
LAPD Hollywood pada jam 1.43 pagi itu dan dibebaskan kemudian.
Apakah berita ini akan menjadikan Paris Hilton semakin popular?
No comments:
Post a Comment