EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Sunday, July 23, 2006

Tuah Ina Tempias Mawi?


Tuah manusia siapa yang tahu. Berita dalam ruangan Hiburan, Utusan Malaysia (online) pada 23 Julai 2006 menampilkan berita bekas tunang Mawi, Ina yang rezekinya semakin cerah selepas putus tunang itu. Kini gadis kampung yang bekerja kilang itu sudah berubah menjadi seorang Eksekutif Pengurusan dengan sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

Itulah qada dan kadar Allah S.W.T yang merancang perjalanan hidup hamba-hambanya. Mungkin orang akan mengatakan bahawa tuah pada Ina itu kerana tempias Mawi. Andaikata Ina bukan tunang Mawi sebelum ini adakah tuahnya akan jadi begini? Adakah Ina akan tetap menjadi gadis Felda dan terus bekerja di kilan. Mungkin kita tidak nafikan plot perjalanan itu kerana Allah maha mengetahui. Bak kata pepatah 'rezeki tidak datang melayang' walaupun setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini telah ditentukan resekinya oleh Allah. Manusia itu hendaklah berusaha mencari rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah itu. Dan apa yang berlaku pada Ina itu juga sudah pastinya perancangaan Allah untuk menguji keimanan hamba-hambanya. Setiap yang berlaku adalah qada dan kadar Allah subhanahuwatalla.
Gambar Ina dari Utusan Online

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger