
Muka jam di sebelah dan di bawah terdapat pada menara di Lumut Waterfront. Sepatutnya ia sebagai sumber menentukan waktu tetapi saya pasti satu pun daripada jam ini tidak tepat atau mungkin sudah tidak berfungsi dan hanya sebagai hiasan sahaja.


Dua muka jam ini pula terdapat di kawasan pantai peranginan Teluk Batik. Jika diperhatikan pada keempat-empat muka jam, ia menunjukkan empat waktu yang berbeza. Gambar ini diambil pada masa yang sama. Mana satu yang betul? Pihak Majlis Daerah Manjung patut mengambil tindakan untuk memperbaikinya. Harap tidak diperkukuhkan lagi bahawa budaya Malaysia 'maintenance diabaikan setelah sesuatu projek itu dilaksanakan'.

Kesimpulannya keempat-empat gambar ini saya ambil dalam tempoh 1 jam


No comments:
Post a Comment