These few weeks Malaysia is full of coincidence. And the latest coincidence is also swearing related. MPs from Sabah Sarawak were asked to take the loyalty pledge led by Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Shafie Apdal. However some of the MPs felt that it is an insult.
Tindakan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memaksa ahli parlimen Sabah dan Sarawak menandatangani surat akujanji merupakan suatu tindakan terdesak bagi mengelak Barisan Nasional (BN) tersungkur menyembah bumi. "PM jelas merasa cemas dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh, ini amat ditakuti oleh Najib dan Abdullah sehingga mereka memaksa ahli parlimen BN Sabah dan Sarawak menandatangani surat akujanji bagi mengelak parti itu tersungkur menyembah bumi,"kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah ketika dihubungi Harakahdaily semalam.
Menurutnya, surat akujanji tidak mempunyai apa-apa kesan kepada undang-undang yang boleh menyekat seseorang Yang Berhormat (YB) untuk terus kekal di dalam parti yang sedia ada.
Tambahnya, surat akujanji sebenarnya hanya meletakkan harga diri seorang YB sama seperti seorang pegawai kerajaan yang selama ini telah menzahirkan kesetiaan mereka kepada pemerintahan BN.- Harakahdaily.
No comments:
Post a Comment