EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Friday, May 04, 2007

Dunia Plastik

Sambil melihat YouTube dalam blog screenshots saya terdorong untuk membuka blog Sdr. Patrick Teoh. Bagi mereka yang menjalani tahun -tahun 70an dan 80an tentu tahu siapa Sdr. Patrick. Beliau seorang pemberita yang bersuara cukup komersial . Beliau merupakan salah seorang panel dalam temubual East 101 Al Jazerra itu mengenai The Rise of Asian Bloggers.

Saya bukan nak berpanjang lebar tentang Al Jazerra kerana itu bukanlah tajuk yang saya memperkatakan di sini. Salah satu blog Patrick tentang teknologi perubatan yang begitu maju sekarang. Kita selalu dengan tentang pembedahan tukar jantina dari lelaki kepada perempuan dan sebaliknya. Begitu juga mengembalikan wajah yang kerepot kepada wajah yang lebih cekang dan muda. Bukan setakat guna susuk atau mengaplikasikan krim-krim. Diva gusti WWE, WWF boleh dikatakan semuanya memilikki boobs yang saiz DD atau mungkin DDD. Dunia perubatan moden membolehkan semua itu. Malah dara seorang gadis pun boleh dipulih semula dan malam pertamanya pasti akan menjadi benar-benar malam pertama. Inilah dunia plastik.

Anda boleh membaca blog Patrick di sini. Tetapi maaflah sebab Patrick menulis dalam Bahasa Inggeris.

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger