Ia bermula dengan paip Ibu Pejabat Jabatan Imigresen bocor pada 11 April selepas tanah runtuh di kuarters kerajaan Apartment 9 Fasa 11 pada 22 Mac. Selepas itu diikuti dengan Dewan Serbaguna Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang runtuh selepas paip perenjis air di siling itu pecah, kira-kira pukul 7 pagi. Belum selesai dibincangkan tentang isu brekenaan siling kompleks mahkamah yang baru siap di Jalan Duta pula runtuh.
Sudah terantuk baru nak tengadah. Semikian pepatah Melayu. Tetapi orang Melayu (atau orang Malaysia) tidak pernah ambil kira keberkesanan pepatah tersebut. Apa yang ditegur oleh YAB Perdna Menteri sebenarnya sudah terlewat. Sejak dahulu lagi orang ramai sering berkata di Malaysia ini nak buat beriya-iya tetapi selepas pembinaan siap semua lepas tangan. Maintenance merupakan paling lemah bagi pemilik premis atau projek.
Memetik kata-kata PM "

Perdana Menteri berkata yang penting ialah ada pasukan penyelenggara yang sentiasa membuat pemeriksaan bukan sahaja ke atas bangunan tetapi juga kemudahan dan peralatan lain yang bernilai di pejabat seperti komputer, mesin dan jentera.
Jadi dalam hal ini, katanya, mereka yang membuat kerja penyelenggaraan juga perlu memiliki kepakaran dan pengetahuan.
"(Kalau) tidak dia tengok pun dia tak faham... tak ikut kepakaran, maka kerosakan yang berlaku tak dapat dikenali," katanya. BERNAMA
No comments:
Post a Comment