EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Wednesday, May 23, 2007

21 Mei 07 - Gaji Kakitangan Awan Naik

21 Mei adalah hari yang cukup mengembirakan bagi 1.2 kakitangan awam kerana YAB Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan gaji. Kenaikan tersebut adalah merupakan kenaikan yang paling tinggi dalam sejarah kajian semula gaji. Kenaikan gaji itu sememangnya sudah lama dinantikan lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana kos sara hidup semakin meningkat dan kakitangan kerajaan terpaksa mencari pekerjaan kedua untuk menampung keperluan keluarga khususnya bagi yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor Bharu.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan seterusnya menyusul dengan penjelasan berikut, "Kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam berdasarkan gaji pokok semasa mengikut gred masing-masing.

Kenaikan gaji itu walaupun disambut dengan gembira oleh seluruh kakitangan awam tetapi ramai yang mengatakan bahawa kenaikan itu adalah gula-gula pilihanraya. Sama ada YAB Perdana Menteri menafikan atau tidak, masa pengumuman dan scenario negara pada hari ini meyakinkan dakwaan itu. Apa tidaknya Menteri sudah sibuk menabur wang untuk berbagai projek bagi menarik perhatian rakyat untuk terus menyokong kerajaan yang memerintah hari ini. Lobi-melobi di kalangan pemimpin-pemimpin yang bercita-cita menjadi wakil rakyat semakin hangat. SPR juga sudah dalam proses mengenalpasti pegawai-pegawai untuk bertugas di pusat-pusat menundi. Kehangatan dakwaan pilihanraya akan diadakan dalam tahun ini juga disokong lagi dengan Dato Seri Anwar Ibrahim yang bebas untuk bergiat aktif dalam politik pada April tahun hadapan. Walaupun UMNO mendakwa DSAI bukan faltor penentu pilihanraya, tetapi beliau tetap menghantui mereka. Apa yang berlaku di Ijok baru-baru ini sememang menunjukkan DSAI masih relevan dalam kancah politik negara. Kebimbangan pemimpin UNMO dengan menafikan menerima DSAI kembali dalam UNMO adalah satu igauan untuk menenangkan hati mereka yang bimbang.

Perangkap yang cuba dipasang untuk menarik perhatian pekerja awam kerajaan negeri Kelantan nampaknya tidak mengena kerana Kelantan juga naikkan gaji kakitangan awam.

"Apa yang disebut oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) tentang kenaikan gaji itu akan diikuti langkahnya oleh kerajaan Kelantan," kata Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Ketua polis negara Tan Sri Hassan pula mengatakan bahawa Gaji Naik, tiada sebab polis rasuah lagi.
"Kalau mereka terima rasuah juga, tanggunglah sendiri akibatnya. Saya tidak akan beri nasihat lagi, tindakan akan diambil serta-merta terhadap pegawai atau anggota yang terlibat.

"Penjawat awam perlu menumpukan perhatian serta memikul amanah dengan jujur dan bersama menambah baik mutu perkhidmatan awam bagi memastikan kelicinan pengurusan PDRM (Polis Diraja Malaysia)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Khas Pegawai-pegawai Awam PDRM Bersama Ketua Polis Negara sempena Sambutan Hari Polis ke-200, di sini hari ini.

Walaupun nasihat Tan Sri itu sesuatu yang baik untuk memulihkan imej pasukan polis, apa yang beliau mungkin tidak nampak ialah berapa ramai manusia yang tidak gelap mata apaila melihat duit yang banyak dan sumber yang mudah diperolehi. Saya yakin rasuah tidak akan dapat dihapuskan selagi manusia itu bernama manusia dan mempunyai nafsu.

Adalah diharapkan dengan kenaikan itu akan mendorong kakitangan awam berkhidmat dengan lebih cekap lagi memandangkan salah satu keperluan asas mereka sudah dapat diringankan.

Kesan dari kenaikan gaji itu satu perkara yang sememangnya tidak dapat kita tolak ialah kenaikan harga barangan keperluan harian. Walau bagaimanapun kerajaan memberi amaran harga barang akan tetap naik kerana sebahagian peniaga pasti mengambil kesempatan. Jika tidak pun peniaga yang mengambil kesempatan, pendegar dan pengilang yang memaksa harga barang di naikkan yang menyebabkan peniaga tidak ada jalan selain menaikkan juga harga barangan. Kegagalan kerajaan mengawal kenaikan harga barangan sudah berlaku sejak lama dahulu. Salah satu sebab mengapa kerajaan gaal membendung kenaikan harga barang ialah kerana lemahnya pengguna. Pengguna hanya tahu buat bising tetapi tidak berani bertindak. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula meletakkan sebahagian kesilapan ini kepada kerajaan pusat kerana tiada mekanisme mengawal kenaikan harga barang.



No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger