EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Sunday, April 29, 2007

Renungan Untuk Bangsaku Malaysia

Saya membaca tulisan TG Nik Aziz Nik Mat dalam Harakahdaily dan memetik beberapa ayat untuk dikongsi oleh pembaca lain sebagai satu renungan dan pandangan dari seorang yang bergelar ulama. Semoga hati kita yang selama ini dibuai dan lali oleh buaiai dacing terbuka dan berani untuk membuat perubahan. Nasib Malaysia berada di tangan kita semua dan bukan sekelompok pemimpin yang mengaut rezeki kita. Saya hanya membuat petikan kerana bukan semua orang gemar membaca tulisan yang panjang. Jika anda ingin membaca sepenuhnya klik di sini.

Petikan 1

Pada saya, pilihan raya kecil Ijok sebenarnya semacam kesempatan. Kesempatan itu semacam diatur oleh Allah SWT untuk memberi peluang kepada pemimpin Umno dan seluruh warga pengundi Ijok untuk memperbaiki semula dasar angkuh Selangor yang menolak Islam dan sekali gus doktrin demokrasi berbunyi “pembangkang sifar”.

Tak bolehkah Ijok sekadar dibiarkan kerusinya untuk pembangkang. Maksud saya, bukan diberi percuma sebegitu tetapi dipertandingkan dengan cara yang sihat.

Petikan 2

Selaku seorang yang berkepakaran di bidang ekonomi dan korporat, tentu sekali penguasaan ilmu Tan Sri adalah aset yang sangat besar untuk dikongsikan oleh Selangor dalam konteks mendengar pandangan kedua dari arah yang sedikit berlainan.

Ini tentu akan mencetus satu proses ‘check and balance’ yang sihat untuk membela nasib orang Melayu, orang Islam, non-Islam dan umat manusia pada amnya.

Petikan 3

Sebenarnya, kita telah tersalah memakaikan lencana dacing yang bersimbolkan keadilan dunia dan demokrasi ke dada pemimpin Umno. Rupanya, mereka cuma berwajah demokrasi tetapi berjiwa ‘komunis’.

Pemimpin Umno perlu ingat bahawa segala yang dilakukan di Ijok itu ada divideokan oleh Allah SWT. Jangan ingat, pihak Special Branch (SB) dan polis rahsia Umno sahaja yang membuat rakaman.

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger