Utusan Malaysia hari ini memuatkan di muka hadapan bahawa pelaburan internet itu haram. Pengharaman itu diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuarat kali ke 77 Majlis tersebut di Kuala Terengganu. Sememangnya skim pelaburan internet itu telah melanda bagaikan gelombang dan ramai yang sudah mampu memperolehi keuntungan hingga ribuan ringgit sehari. Dan ini sememangnya berbeza jika mereka melabur dalam saham-saham di BSKL ataupun ASN dan ASB. ASN dan ASB memberikan pulangan 8% setahun (lebih kurang) sementara pelaburan melalui internet ini memberikan pulangan yang lebih besar antara 2-3% sehari. Jadi siapa tidak gelap mata apabila mampu memperolehi keuntungan mudah dalam jangka masa yang singkat. Seorang kerani pun boleh menjana pendapatan bulanan hingga dua tiga puluh ribu sebulan dengan hanya membiarkan wang mereka bekerja.
Setelah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan skim pelaburan ini haram, sejauh manakah pelabur akan menarik diri dari terus menyertainya. Saya mendapat tahu ramai yang membuat pinjaman Bank Rakyat untuk melabur dan sebelum hutang bank itu dilangsai, sudah tentu mereka akan keberatan untuk menarik balik pelaburan mereka. Satu lagi masalah kepada pelabur ialah pelaburan mereka mempunyai jangkamasa matang iaitu 100 hari bagi beberapa skim pelaburan. Jadi sama ada mahu atau tidak mereka tetap akan menunggu keuntungan itu sehingga mencapai tahap matang.
Walaupun selepas tarikh matang itu, sejauhmana pula mereka akan mengelak diri dari terus melabur jika wang yang diharapkan itu akan terus mengabui mata. Haramnya pelaburan internet adalah salah datu daripada aktiviti yang melibatkan umat Islam. Banyak lagi aktiviti yang telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa dan berstatus haram dalam agama seperti yang disebutkan dalam Al-Quran, tetapi umat Islam masih mengamalkannya. Misalnya rokok telah diputuskan haram tetapi sejauh mana umat Islam mengelakkan diri dari terus merokok termasuk mereka yang tergolong sebagai alim.
Saya bukanlah bermaksud untuk mempertikaikan Fatwa berkenaan tetapi sekadar untuk menyatakan pandangan saya terhadap penerimaan umat Islam kepada perkara-perkara yang haram. Saya masih ingat kata-kata bahawa dua "it" boleh menyebabkan lelaki hilang maruahnya. Pertama ialah duit dan yang kedua ialah....(minta maaf saya tidak boleh menyebutnya di sini. Anda fikirkanlah sendiri)

No comments:
Post a Comment