Hari ini adalah hari penentuan di Ijok sama ada BN mampu terus menguasai N11 Ijok atau calon PKR Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim yang menjadi wakil rakyat mereka. Bagi pengundi inilah masa yang paling sesuai untuk memilih wakil mereka yang berkarisma dan berpengalaman dalam hal-hal pentadbiran bukan sahaja berkaitan dengan parti tetapi seorang pentadbir awam yang cekap.
Saya berhasrat untuk menulis blog ini 2 jam sebelum waktu akhir proses kempen tetapi tidak dapat memasukki laman blogger ini. Tidak pasti kenapa. Tapi tak mungkin kerana kekurangan bandwith disebabkan ramai pelayar ingin mengetahui perkembangan di Ijok.
Apa yang saya ingin tulis ialah bahawa kempen untuk pilihanraya DUN N 11 berakhir pada jam 11.59 minit malam 27 April 2007. Maka dengan tamatnya tempoh berkempen itu maka kedua-dua parti sudah tidak boleh lagi menyampaikan maklumat untuk mempengaruhi pengundi mengundi parti masing-masing. Namun demikian tempoh tamat berkempen secara langsung itu hanyalah untuk pihak pembangkang. BN masih ada lagi saluran untuk mereka berkempen iaitu media elektronik yang mereka kuasai. Sudah pasti rangkaian televisyen dan radio akan terus berkempen secara tidak langsung melalui rancangan berita atau selingan-selingan yang disiarkan. Inilah satu amalan pilihanraya yang dikatakak 'not on level playing field'
Laporan setiap hari melalui media elektronik malah media cetak juga sudah begitu berat sebelah. Apa yang disiarkan lebih memihak kepada BN tetapi hal-hal yang berkaitan dengan keburukan proses berkempen adalah untuk pihak pembangkang. Apakah ini adil? Jelas media elektronik dan media cetak negara ini sebenarnya telah malacurkan profesionalisme mereka untuk kepentingan sebelah pihak.
Harakahdaily hari ini menyiarkan satu berita bertajuk ' Kecoh dan tegang : Petugas BN halang perayu undi KeADILan, FRU dan polis lerai keadaan. Ia merupakan satu insiden di mana petugas BN menghalang perayu undi PKR untuk bertemu pengundi di Kampung Rantau Panjang. Petugas dari UNMO Negeri Sembilan itu telah menyekat perayu undi dari memasukki kampung berkenaan sehingga menimbulkan suasana kecoh dan terpaksa melibatkan pihak polis. Mengapakah BN begitu takut sehingga mengamalkan taktik kotor sebegini? Nasib baik yang menghalang itu pihak BN. Sekiranya pihak PKR yang melakukan sedemikian maka sudah pasti ia akan dibesar-besarkan dan disiarkan di kaca TV. Syabas kepada rombongan perayu undi kerana telah bertindak dengan matang dalam insiden tersebut.

No comments:
Post a Comment