Inilah yang dipaparkan di muka hadapan Harian Metro. Mengapa sampai begitu sekali sikap manusia sehingga sanggup merosakkan periok nasi orang lain. Sifat dengki tidak sepatutnya bersarang di hati orang Melayu yang mengucap dua kalimah syahadah. Allah menjadikan manusia sama rata dan ditentukan jodoh, ajal maut dan rezeki masing-masing. Sebagai hambaNya yang kerdil kita patut persyukur dengan apa yang dikurniakan kerana Allah sayangkan semua makhluknya.
Hari ini dalam Harian Metro disiarkan pula beritu sepeti gambar yang sapa paparkan di atas. Sungguh tidak disangka ada yang sanggup upah bomoh untuk kenakan Mawi. Apakah jenis atris yang sanggup mengambil jalan syaitan semata-mata untuk mengejar dunia.
Sebagai sesama makhluk Allah, saya ingin menasihatkan mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki dengan kejayaan orang lain sehingga mengambil jalan terkutut, ingatlah, Tuhan itu Maha Adil. Janganlah mengejar dunia semata-mata kerana akhirat itu alam kita yang abadi. Sekaya mana dan sepopular mana sekalipun seseorang itu pasti akan menemui ajal dan berhijrah ke alam abadi tersebut.
No comments:
Post a Comment