Setelah membaca blog screenshot saya menjumpai satu link yang membuatkan darah naik juga. Bukan apa. Pepatah Melayu mengatakan Sarang Tebuan jangan diusik.
Ku Nan telah menuduh bahawa blogger adalah pembohong, penyebar fitnah dan tidak sukakan perpaduan. Beginikah ucapan seorang menteri? Baca di sini dan di sini . Nampaknya menteri ni tak layak langsung untuk jadi menteri. Beliau menuduh bloggers penipu dan pembohong. Darimanakah beliau memperolehi statistik atau data yang memgatakan bloggers sedemikian? Ooooo....the pen is mightier than the sword.
Saya pernah mendengar pantun ini.
Siakap senohong
Gelama Tenggiri
Cakap bohong
Lama-lama jadi menteri
Menteri diibaratkan sebagai bapa kerana mereka memimpin. Apa yang diucapkan oleh YB Menteri tersebut tidak menunjukkan dia seorang bapa. Tak tahulah jika begini juga sikapnya dengan anak isteri beliau di rumah. Maknyanya anak-anak beliau juga tergolong dalam golongan seperti bloggers kerana manusia tidak lepas dari membuat kesilapan.
Sepatutnya beliau terus memberi nasihat agar bloggers melakukan sesuatu yang baik untuk negara. Andai semua bloggers yang dikategorikan sebagai "penipu" ini bersatu, ingatlah mata pen itu lebih tajam dari mata pedang.
Paklah, tengok-tengoklah Menteri yang ada dalam kabinet sekarang. Mana-mana menteri yang tidak sesuai tu gugurkan saja. Ramai menteri dah tak relevan lagi untuk duduk sebagai menteri.
Baca lagi
Susan Loone
Elizabeth Wong
66 Blogger Penipu di Malaysia

2 comments:
biasanya.... orang kalau dah takut ni memang cakap bukan-bukan..
Jadi bro, kita biarlah 'dia' menyalak puas-puas! hehehe!
Terima kasih Hasrul atas komen anda
Post a Comment