EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Tuesday, February 27, 2007

Siapa Tak Nak Kaya?

Kalau ditanya soalan di atas tentu semua orang akan berkata nak kaya. Nak kaya di sini bermaksud memilikki duit yang banyak melebihi dari keperluan sebenar. Mmmmm.......Betulkan kalau ada duit yang terlalu banyak akan jadi lebih dari keperluan sebenar? Biasanya besar periuk besarlah keraknya. Demikian pepatah Melayu. So, sesiapa yang ada duit banyak sudah pasti akan membuat perancangan untuk berbelanja lebih besar. Sebenarnya nafsu akan mengawal diri seseorang apabila banyak duit. Begitu juga nafsu akan mengawal seseorang untuk mencari lebih banyak duit.

Nabi Muhammad S.A.W memberitahu kita bahawa 99% rezeki itu adalah dalam bidang perniagaan. Jadi nak kaya kena berniaga. Melabut juga satu perniagaan dan boleh menjada wang yang banyak. Memang ia satu perniagaan tetapi yang menjadi masalahnya pelaburan itu diletak di mana? Adakah tempat pelaburan itu diletakkan halal perniagaannya. Ingat tak satu ketika dahulu timbul isu wang pelabur Amanah Saham Nasional dilaburkan dalam syarikat yang tidak halal produknya.

Pada tahun 80an negara heboh dengan Skim Pak Man Telo yang kemudiannya dikenali sebagai Skim Cepat Kaya (SCK). Ramai juga yang menjadi "kaya" tetapi tidak kurang juga yang kayap. Jelaslah semua orang nak jadi kaya. Kini internet pula menjadi sumber untuk SCK ini. Saya sendiri dalam email menerima bermacam-macam bentuk SCK ini sehingga dah naik meluat. Setahu saya satu syarat untuk ahli yang menyertai SCK ini tidak dibenarkan spam, tetapi tidakkah spam sekiranya email untuk promosi skim itu dihantar berulang kali. Saya sudah berusaha untuk melaporkan kegiatan spam ini tetapi nampaknya tidak ada tindakan diambil.

Paling popular pada masa ini ialah skim EMPay yang hari ini telah diklasifikasikan sebagai haram. Baca di sini dan di sini. Memang sudah ramai yang melabur dalam skim ini. Di pejabat saya bekerja pun ramai yang dah melabur dan dalam tempoh 13 bulan nanti ramai yang akan jenuh duit.

Terpulanglah kepada pelabur nak pilih yang mana. Tepuk dada tanya selera. Nak rezeki halal atau rezeki melimpah.

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger