EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Sunday, February 18, 2007

Radio ERA

Aku teruja untuk menulis blog ini setelah secara tak langsung klik pada website eraFM sewaktu membawa blog sultan muzzafar. Sebenarnya sudah lama teragak-agak nak tulis tentang Radio Era ni. Boleh dikatakan aku mendengar radio era ni sejak ia mula ditubuhkan di mana waktu itu Halim Osman dan Jamal Jamaluddin (Jam) menjadi DJ pada rancangan pagi di era. Walaupun kini ada satu lagi radio yang dikatakan menjadi saingan kepada Radio Era tetapi entah mengapa, hatiku masih melekat pada Era.

Aku bukannya melekat era sepanjang masa tetapi hanya mendengarnya pada waktu pagi dalam kereta semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Di masa lain tak berkesempatan untuk mendengar radio. Memandangkan aku hanya berpeluang mendengar radio pada waktu pagi sudah semestinya rancangannya PDE (Pagi Di Era). Kini gandingan yang terakhir ialah K&K&K, selepas Kak Engku (Raja Azura) join Khairil dan Kiran.

Radio sebenarnya masih memainkan peranan yang penting bukan sekadar hiburan tetapi juga menyampai maklumat. Oleh itu radio perlu mengutarakan sesuatu yang boleh dijadikan teladan kepada pendengar. Beberapa ketika dahulu apabila Media Prima menubuhkan Hot FM dengan memancing bekas DJ Era Seelan Paul dan diikuti dengan penghijrahan FBI (Faizal bin Ismail) dan terakhir Farah Fauzana, maka radio Era menarik Saiful Apek masuk. Saifuk Apek memang mempunyai peminat yang ramai dan dengan kemasukan Apek ke Radio Era Astro mengharapkan peminat Era akan berkekalan.

Bagi saya kemasukan Apek tidak begitu membanggakan. Lawak Apek bersama Khairil dan Kiran kebanyakannya lawak yang tidak membawa apa-apa info bernas melainkan memperbodohkan pendengar. Nasihat-nasihat yang diberikan oleh Apek semuanya adalah kategori "auta" dan tidak praktikal bagi membantu sesiapa yang bertanya. Radio Era harus mengkaji semula pendekatan yang dibawa oleh Khairil, Kiran dan Apek dalam RPE mereka. Harap tidak ada lagi lawak bodoh dari seorang pelawak yang sudah establish nama dalam dunia seni lawak tanahair. Bagi saya Apek harus tahu membezakan antara penyertaannya dalam Radio ERA dan lakonannya dalam Scenario.

1 comment:

Anonymous said...

Lawatan sambil belajar..

sejak berada di bumi semenanjung.. antara radio kegemaran saya adalah eraFM... entah saya sendiri tidak tahu mengapa...

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger