EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Saturday, February 24, 2007

Projek NEIS Korea Selatan

Majalah 3 pada 24 Februari 2007 telah menyiarkan satu segmen tentang projek NEIS Korea Selatan. Ia merupakan jaringan komputer yang memberikan maklumat kepada guru dan pelajar di Korea Selatan. Projek ini adalah inisiatif Kementerian Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia.

Saya tidak pasti sama ada Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai rancangan untuk melaksanakan projek yang sama kerana ia boleh membawa banyak menfaat dalam sistem pendidikan negara khususnya dari segi tracking modal insan.

Mungkin apabila sistem ini dilaksana di neagara ini ibu-bapa juga boleh menyemak rekod anak sendiri yang disimpan secara central di Kementerian Pendidikan. Jaringan maklumat ini boleh digabungkan juga dengan Jabatan Pendaftaran, Imigresen dan lain-lain Jabatan yang berkenaan untuk mengesan rekod seseorang. Rekod yang disimpan juga boleh dirujuk oleh pihak majikan apabila individu ini memohon untuk sesuatu jawatan dan tidak timbul lagi masalah peniluan atau pemalsuan rekod serta dokumen. Ia juga akan membantu ke arah paperless administration.

Dalam sistem ini setiap pelajar boleh hanya dirujuk melalui satu nombor rujukan bermula dari ia masuk sekolah sehinggalah ke Universiti dan seterusnya apabila dia memasukki alam pekerjaan.

Walau bagaimanapun ia sebagai satu sistem ciptaan manusia boleh disalahgunakan khususnya oleh pengodam. Pengiat hak asasi Korea mendakwa program NEIS adalah satu database manusia yang merupakan sesuatu yang sulit dan sesiapa yang memasukki database ini untuk mendapatkan maklumat peribadi seseorang sebagai melanggar hak peribadi individu.

Bagi mengawal data peribadi ini hanya disaksikan oleh yang berhak sahaja, maka peraturan dan undang-undang untuk akses maklumat perlu dilaksanakan. Sesiapa yang mengakses maklumat harus dipertanggungjawab terhadap maklumat yang diperolehinya.

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger