Hari ini aku mengalami satu pengalaman baru. Menghantar tender ke Jabatan Kerja Raya. Wa....nak jadi kontraktor ke? Taklah. Sebenarnya aku tolong hantar tender untuk adik aku. Dia menghantar dua tender untuk kerja-kerja di Serdang dan Sungai Petani, Kedah. Memandangkan syarikatnya berpejabat di Alor Setar, maka aku diminta tolong utuk menghantar tender ke Ibu Pejabat JKR di Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.
Sebenarnya hari ini aku mengambil cuti rehat. So, tak adalah kes aku ponteng kerja untuk urusan persendirian. Aku mengambil cuti kerana hendak membantu satu kursus kejurulatihan di Pulapot, Jalan Genting Kelang. Kelas aku dua jam sebelah pagi, jadi selepas kelas jam 10.30 dapatlah aku pergi ke Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya itu.
Tender tutup jam 12.00 tengahari. Sebenarnya beberapa minggu lepas dia terlepas satu tender yang tidak dapat dihantar sebelum masa tutup. So, kali ini aku bertekad untuk tidak menghampakannya lagi. Aku memandu dari Setapak menuju pusat bandaraya Kuala Lumpur. Inilah kali pertama aku akan pergi ke Jalan Sultan Salahudin itu. Aku memandu melalui Jalan Pahang dan masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jalan TAR nampaknya sesak, maklumlah hampir waktu makan tengahari. Aku mengambil keputusan untuk pergi melalui Jalan Putra dan kemudian ke Jalan Kuching. Sememangnya aku sudah membaca peta kedudukan jalan tersebut (dulunya Jalan Wellesly) sewaktu kali pertama hendak menghantar tender dulu.
Jalan Sultan Salahuddin masuk melalui Bank Negara. Rupanya dari Bulatan Jalan Kuching, tidak dapat masuk. Aku memandu melalui Jalan Parlimen, masuk Lake Garden dengan tujuan nak pusing balik. Kantoi. Dari situ tidak boleh pusing kanan dan terpaks ke kiri. Aku mengambil keputusan untuk menuju ke arah parlimen dan polis yang mengawal menahan untuk pemeriksaan. Terpaksalah berlagak bodoh. Kononnya aku sesat jalan walhal nak buat pusingan balik. Aku tidak tahu jalan lain untuk pusing balik so, terpaksalah buat begitu. Lagi pun jam sudah hampir 11.30 tengahari dan aku perlu cepat, jika tidak adik aku akan keciwa lagi.
Akhinya jumpa, terpaksa bertanya beberapa kali kerana aku tidak tahu di mana tempat hendak menghantar tender tersebut. Nasib baik aku mendapat tempat letak kereta berhampiran Akademi Seni Kebangsaan. Aku bergegas ke Blok A. Sampai di dalam terdapat satu barisan mereka yang juga hendak menghantar tender. Akhirnya dapat juga aku menghantar pada jam 11.54 tengahari.

No comments:
Post a Comment