EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Friday, February 02, 2007

Online Business

Baru-baru ini aku ada register dan upgrade dalam dua website. Kedua-duanya untuk online business. Pertama sekali aku upgrade untuk em-pay dengan membeli satu lot pada harga RM 138.00. Tup-tup hari berikutnya aku cuba register seorang rakan untuk downline dan mendapati ianya kena suspend sebab kadar baru akan dikenakan untuk satu lot iaitu RM 168.00. Ini bermakna kenaikan sebanyak RM 30.00. Kadar baru itu akan berkuatkuasa pada 5 Februari 2007. Tak tahu mengapa ianya dinaikkan. Aku sebenarnya tidka berni nak beli tiga lot iaitu RM 414.00. Maklumlah ini transaksi online, macam-macam boleh berlaku. Jadi kalau program ini tak berjaya, aku hanya kehilangan RM 138.00 sahaja.

Mengikut maklumatnya seorang pelabur akan menikmati pulangan selepas 13 bulan. Program itu ada tiga plan iaitu Plan A,B dan C. Kadar pulangan adalah berbeza mengikut plan yang berbeza. Tetapi sekiranya seorang ahli ingin menjadi ahli yang pasif, dia digalakkan membeli tiga lot iaitu RM 414.00 tetapi kini aku rasa akan menjadi RM 672. Cuba bayangkan kalau hangus, akan rugi RM 672.00.

Program kedua adalah berkaitan dengan pelancungan iaitu view malaysia. Ia merupakan penjualan pakej pelancungan dalam negara yang murah. Sememangnya pada masa pendaftaran dahulu ianya percuma sahaja dan aku menjadi ahli B, tetapi melalui pengiklanan aku berjaya menjual tiga pakej iaitu maksimum dan segala keuntungan yang aku perolehi itu akan di float. Kemudian dari situ ada seorang ahli telah upgrade keahliannya dan aku mendapat sebanyak 80 point. Sebab itu aku mengambil keputusan untuk upgrade keahlian dan kini aku sudah menjadi ahli A

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger