EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Saturday, February 17, 2007

Microvawe Oven

Harini aku belikan microwave oven baru RM 229.00 di Carrefour. Dah lama nak beli tetapi budget tak cukup. Tapi apa yang aku nak blog di sini bukanlah tentang microvawe itu tetapi apa yang aku beli untuk test drive microwave itu. So, salah satu bahan makanan yang aku beli ialah otak-otak. Tak ada salahnya kerana ia makanan Malaysia juga. Otak-otak pun semakin hari menjadi semakin popular kerana strategi pemasaran yang dijalankan oleh pengeluar-pengeluarnya.

Apa yang menarik perhatian aku ialah produk yang aku beli itu diusahakan oleh sebuah syarikat di Johor Bharu kemudian diimport oleh sebuah syarikat di Singapura (Lihat gambar). Kemudian produk itu dijual pula di Malaysia. Pelik juga. Apakah tidak ada syarikat tempatan yang bersedia menjadi pengedarnya. Pasti produk itu dapat dijual dengan harga yang lebih murah kerana tidak perlu dieksport dan kemudian importnya kembali. Kes ini samalah dengan Malaysia mengeksport susu getah dan susu getah tersebut setelah diproses dijual kembali kepada Malaysia. Tentu kosnya lebih tinggi bukan? Hmmmmm...... bagaimana kalau kereta Proton yang dibuat di Shah Alam dan kemudian diimport oleh sebuah syarikat luar negara, lalu syarikat itu mengeksport kembali kereta itu ke Malaysia, tentu harga kereta Proton akan menjadi lebih murah kerana kita sedia maklum, kereta Malaysia dijual lebih murah di luar negara berbanding di dalam negara sendiri. Malaysia Boleh.


No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger