EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Sunday, February 25, 2007

Kad Keahlian Yang Tidak Ada Faedah

Selepas membaca blog Shahabudeen Jalil tentang bagaimana penipuan kad kredit dialami beliau, maka saya teringat satu pengalaman yang berlaku terhadap diri saya.

Saya ada menerima satu panggilan telefon dari seorang gadis yang memberitahu saya bahawa dia mendapat nombor telefon saya dari bank pengeluar kad kredit saya. Beliau mengatakan bahawa beliau mewakili syarikat untuk pengalakan pelancungan dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelancungan Malaysia. Oklah, saya pun memang selalu travel untuk menjalankan tugas, so dengan mendapat diskaun untuk penginapan di hotel maka saya bolehlah mendapatkan rate yang murah. Di samping itu juga dapat membeli-belah digedung-gedung tertentu yang menyertai program diskaun Countdown, perkhidmatan tunda kenderaan (jika berlaku kerosakan) reimburse hotel jika disebabkan kerosakan kereta menyebabkan perjalanan saya terganggu dan ada insurans peribadi lagi untuk setahun.

Gadis itu menceritakan kepada saya apa kelebihan kad keahlian yang ditawarkan oleh syarikat tempat beliau bertugas itu. Bla...bla....bla..... Last sekali dia minta nombor kad kredit saya. Saya sedar pada ketika itu kredit limit saya memang dah paras-paras hidung. So saya pasti bank tidak akan melepaskan pembayaran yang melebihi limit dengan baki boleh guna yang ada itu.

Beberapa minggu selepas itu apabila saya menerima statement kad kredit saya, terdapat satu potongan yang saya yakin tidak ada pembelian yang saya lakukan. Apabila saya menghubungi bank mereka hanya memberitahu ianya dari satu syarikat elektronik. Tuntutan syarikat itu tidaklah banyak, hanya seratus lebih sahaja tetapi melibatkan beberapa kad lain yang menjadikan jumlah semuanya lebih empat ratus (yuran) untuk kad keahlian itu. (Lihat gambar kad kehalian berkenaan) Karisma Vacation. OKlah saya telah tertipu untuk menjadi ahli.

Now baru segalanya bermula........

Pertama

Saya dalam perjalanan untuk balik beraya di kampung (Raya Aidil Adha). Kereta saya telah mengalami kerosakan pada pagi hari raya itu di kawasan Gunung Semanggol. So, saya pun menghubungi nombor hotline yang tertera di kad. Nombor hotline ni saya dimaklumkan berfungsi 24 jam. Empat lima kali saya dail, dan setiap kali disambungkan ke mesin fax (berdasarkan bunyinya). Apa ni? kata talian 24 jam? OH ya, memang 24 jam. Selepas waktu pejabat, talian fax masih boleh berfungsi. Jadi memang benarlah 24 jam. Setelah gagal menghubungi NARSCO itu saya pun menghubungi rakan yang boleh dipercayai AAM. Mereka mengambil tindakan dengan menghubungi workshop panel mereka dan menghantar sebuah kereta tunda untuk menarik kereta saya ke bengkel panel mereka. Walaupun pada ketika itu saya dikenakan membayar upah tunda kerana di luar kawasan tunda percuma, saya boleh menuntutnya semula selepas itu.

Kedua

Saya menghubungi nombor hotline tersebut untuk meminta mereka menyemak kadar hotel yang bergabung dengan syarikat itu bagi mendapatkan diskaun dan saya diberitahu akan dihubungi semula. Sampai hari ini tidak ada sesiapa pun dari syarikat itu menghubungi saya. Walhal saya menghubungi hotel berkenaan dan mendapat tindakbalas dalam masa yang singakt.

Ketiga

Kes yang sama dengan kes yang kedua.

Rumusan saya

Kad keahlian tersebut hanya satu gimik yang menggunakan nama Kementerian Pelancungan untuk tujuan mendapatkan ahli tetapi sebenarnya tidak ada apa-apa fungsi. Lebih empat ratus wang saya telah hangus akibat kelalaian saya.

Macam-macam cara syarikat nak cari duit......................................

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger