Hari ini sekali lagi aku menghadiri Konferens Internet Marketing yang dikendalikan oleh Stores Online di Sheraton Imperial. Kali pertama aku menghadiri konferens yang sama kedua-duanya di Ritz Carlton. Apa yang menariknya ialah dapat organizer free dan makan free. So dah tiga organizer aku dapat hasil daripada menghadiri konferens ini.
Mereka sebenarnya hendak menjual hosting space untuk sesiapa yang ingin berniaga secara online lelalui internet. Memang tidak dapat dinafikan internet adalah merupakan satu pasaran global yang beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Operasi kedai pula boleh dijalankan di mana-mana sahaja asalkan ada sambungan internet.
Cara mereka menarik pelanggan ialah dengan menyediakan Bengkel untuk membina laman web. Bengkel sehari ini mengenakan yuran sebanyak RM 150 seorang yang termasuk bahan untuk bengkel, makan tengahari dan bimbingan. Kalau dilihat jumlah yuran yang dikenakan sememangnya boleh dikatakan murah kerana aku pernah mengikut seminat serupa yang dikendalikan oleh syarikat tempatan yang mengenakan bayaran lebih RM300 seorang. Sementara StoreOnline hanya mengenakan RM 150 dan boleh membawa seorang rakan bersama secara percuma. Ini bererti seorang hanya dikenakan RM 75.00. Beberapa tahun lalu aku juga mengikuti kursus sehari pemasangan komputer dengan bayaran RM 99.00. Sementara itu beberapa minggu sebelum ini aku juga ada mengikuti satu seminar internet business yang dikendalikan oleh rakyat tempatan secara percuma dan tanpa sebarang makanan ringan. Matlamatnya ialah untuk mencari peniaga online dan membina satu komuniti dan untuk menjadi ahli dikenakan bayaran RM 1500.00.
Aku rasa ini satu konsep yang cuba diterapkan oleh StoresOnline iaitu membina base yang lebar. Walaupun penceramahnya memberikan contoh-contoh usahawan internet bimbingan mereka yang berjaya tetapi aku tertanya-tanya juga tidak adakah usahawan internet yang mereka bimbing dari Malaysia yang turut berjaya. Ini kerana kerena telah menjalankan bengkel internet business sejak 3 tahun lalu.
Kali ini aku berpeluang berkenalan dengan empat orang yang telah beberapa tahun menjalankan aktiviti perniagaan ini secara online dan mereka adalah Dreamkaya Team

No comments:
Post a Comment