EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Wednesday, February 21, 2007

Blog Musim Perayaan 1

20 Februari 2007 : Malam ini aku keluar ke Puduraya untuk menghantar anakku yang akan pulang ke Arau selepas cuti Tahun Baru Cina. Tahun ini aku pula tidak balik ke Alor Setar walau ada 4 hari cuti yang berterusan. Biasanya kalau ada dua hari cuti pun aku akan balik untuk melihat ibu-bapa disamping berjumpa sanak-saudara yang lain. Salah satu sebab aku tidak balik ialah kerana kos yang meningkat. Kalau aku balik sekurang-kurangnya RM 300 habis juga yang termasuk pertol, tol, makan-minum dan sebagainya. Dulu aku belanja hanya sekadar RM 200 dah boleh sampai balik Kedah. Aku masih ingat dulu isi petrol RM 40.00 ngam-ngam sampai Alor Setar. Sekarang kena isi RM 80.00 ngan-ngam sampai Alor Setar dan naik Feul Warning pada paparan meter kereta. Nak harapkan minyak turun aku rasa tidak kerana kerajaan pun dah bagi tahu nak tengok dulu trend harga minyak selama setahun. Setahun!!!!!!!!!. Alamak, lamanya. Bila nak naikkan harga minyak tidak payah pun nak kaji trend harga pasaran.

Dah lah minyak naik, tol pun naik juga. Kini tol dari Bukit Lanjan (Damansara) sampai Alor Setar (S) sudah RM 54.40. Mana tahan. Dua hala menjadi RM 104.80. Lagipun kalau balik musim perayaan, bayar tol pun masih juga sangkut dalam trafik jam di lebuhraya (sepatutnya lebuhraya menyelesaikan masalah jam). Jadi bayar tol untuk menikmati jam. Aku pernah sangkut bumper to bumper dari Tapah hingga Damansara beberapa tahun lalu. Begitu juga sewaktu balik untuk raya satu ketika dahulu, sangkut bumper to bumper dari Damansara hingga Tg. Malim.

Sebenarnya aku memang protes dengan tol ni. Jadi sebagai salah satu bentuk protes aku tidak menggunakan kad Touch n Go. Jika aku ada kad TnG akan mendorong aku untuk menggunakan lebuhraya dalam perjalanan. Sekarang aku ada kad debit Affin Bank dan secara automatik ada TnG tetapi aku tetap berdegil untuk tidak menggunakannya. Oleh itu aku punya TnG Affin Debit Card tu masih belum aku gunakan satu sen pun. Satu lagi aku tidak menggunakan sepenuhnya lebuhraya untuk perjalanan jika balik kampung. Dari Damansara aku pandu sampai Tg. Malim dan keluar untuk menggunakan jalanraya Persekutuan hingga Gopeng. Kemudian masuk semula sebelum keluar di Kuala Kangsar dan masuk kembali di Simpang Ampat. Dari situ hingga Juru hanya RM 1.10. Selepas Juru percuma sehinggalah Sg. Tol Sg. Dua. Selepas Sg Dua aku keluar pula di Sungai Petani (Selatan). So, apu punyak budget tol tidak melebihi RM 20.00 x 2 = RM 40.00. Aku hanya guna lebuhraya sepenuhnya jika menjalankan tugas resmi kerana dapat claim balik dari kerajaan duit tol.

Berbalik matlamat cerita asal aku tadi, sebenarnya anak aku akan naik bas ekspress dari Puduraya ke Kangar. Tiket jam 8.30 malam. So kenalah berada di Puduraya sekurang-kurangnya jam 8.15 malam. Seperti biasa kalau keluar KL aku lebih selesa menggunakan LRT: relaks, tak tension, jimat minyak, jimat tenaga, jimat parking dan jimat wear and tear kenderaan. Lagipun Puduraya bersebelahan sahaja dengan stesen LRT Plaza Rakyat. Tambang pergi balik hanya RM 2.80. Tambah tambang untuk anak aku RM 1.90. Jadi aku hanya RM 4.70. Kalau bawa kereta parking sekurang-kurangnya RM 2.50 kalau dapat keluar awal. minyak lagi. Kau orang kata aku berkira? Eh, kerajaan pun berkira dengan kita.

Bas yang ditunggu tiba lewat. Jam 9.30 apabila aku bertanya di kaunter, aku diberitahu bas masih berasa di Rawang. Alamak, jauh lagi. Tapi aku faham. Bukan salah mereka kerana lebuhraya sudah pasti sesak sebab kebanyakan mereka yang pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina berpusu-pusu nak balik semula KL sebab hari esoknya pejabat sudah buka. Bagi aku pula kalau bertolak balik dari Alor Setar biasanya lewat malam kerana jalan tidak sesak lagi.

Sewaktu menunggu di tingkat bawah itu, tiba-tiba seorang lelaki dan seorang perempuan menghampiriku dan bertanya di mana hendak naik bas untuk ke Klang. Klang? Hmmmm.....aku rasa tidak ada bas di situ yang akan ke Klang. Aku tidak pasti sama ada Bas Stand Klang masih menyediakan perkhidmatannya di sana. Memandangkan aku tidak begitu pasti, aku rasa lebih baik aku tidak memberikan jawapan. Lantas aku menyuruh mereka naik ke tingkat satu dan bertanya di kaunter Transnasional kerana bas syarikat itu menyediakan perkhidmatan ke Klang. Aku tidak pasti sama ada pasangan itu tinggal di Kuala Lumpur atau warga Indon yang berhijrah untuk mencari rezeki di sini berdasarkan telo percakapan mereka.

Bas yang ditunggu hanya tiba jam 11.00 malam. Jadi nak aku bertolak lewat. Bagi aku tidak mengapa. Sekurang-kurangnya dia akan sampai lewat dan mungkin selepas subuh. Taklah bermasalah sangat untuk dia menyambung perjalanan ke Arau. Biasanya kalau tengah malam teksi akan potong leher. Apa lagi kalau teksi sapu. Anak aku pula perempuan, kalau lelaki aku tidak kisah sangat.

Xperience yang aku perolehi malam ini ialah rupa-rupanya ramai juga orang yang balik bercuti di Kuala Lumpur. Bukan sahaja balik kampung dengan meninggalkan Kuala Lumpur sahaja.

.

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger