Metro Ahad 4 Feruari 2007 telah diarkan di muka hadapan laporan bertajuk Blog Dajal. Blog tersebut yang dikendalikan oleh seorang Melayu bagi saya amat tidak wajar sekali. Tidak dinafikan blog yang berbau lucah dan ada kaitan dengan seks akan mendapat tempat di hati pelayar web tetapi janganlah sampai menganiayai sesiapa. Seperti yang dilaporkan dalam berita tersebut penyiaran nombor-nombor telefon dalam blog berkenaan telah menyebabkan hidup mereka yang terlibat menjadi kacau-bilau apabila dihubungi oleh kaki seks bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan yang "ditawarkan". Pada masa blog berkenaan dibuat screen capture, jumlah pelawat menunjukkan 2,295,229 pengunjung telah melawatnya.
Antara mereka yang menjadi mangsa termasuklah suami, isteri dan pelajar IPT.
Selepas membaca laporan Harian Metro berkenaan saya membuat carian dan mendapati pemilik blog berkenaan sudah menutup sementara blog tersebut sehingga "keadaan kembali tenang"(lihat screen capture).
Semoga blogger yang bernama Ady itu lebih bertanggungjawab menulis blog dan sampai menjadikan orang lain menjadi mangsa dan menempuhi kehidupan yang menyusahkan.

No comments:
Post a Comment