
Sekali lagi bertempat di Arena of Stars, Genting Highlands, Mawi membuktikan keunggulannya sebagai penyanyi paling popular di kalangan peminat hiburan tanahair. Rezeki melimpah ruah bagi anak muda dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini apabila memenangi sebanyak tiga anugerah iaitu:
- Bintang Paling Popular (261,555 undi) membawa pulang sebuah Naza Sorento 2.5(A) bernilai RM 143,000 tajaan Naza Kia
Sdn. Bhd., barangan
tajaan Habib Jewels bernilai RM 200,000 dan hadiah-hadiah lain.
- Artis berkumpulan duo popular berkongsi dengan Jamal Abdillah
Senarai penuh pemenang pada malam tersebut (Dipetik dari
Berita Harian Online)
Senarai Pemenang ABPBH 2006Bintang Paling Popular: Mawi
Anugerah Khas Bintang Popular: Datuk Jamil Sulong
Anugerah Seniman Veteran: Jefrydin
Anugerah Seniwati Veteran: Datin Umi Kalthom
Pelakon Filem Lelaki Popular: Saiful Apek
Pelakon Filem Wanita Popular: Fasha Sandha
Penyanyi Lelaki Popular: Mawi
Penyanyi Wanita Popular: Datuk Siti Nurhaliza
Artis Berkumpulan/Duo Popular: Jamal Abdillah & Mawi
Penyanyi Nasyid Popular: Rabbani
Pelakon TV Lelaki Popular: Rosyam Nor
Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha
Artis Komedi Lelaki Popular: Saiful Apek
Artis Komedi Wanita Popular: Sheila Rusly
Artis Baru Lelaki Popular: Faizal AF4
Artis Baru Wanita Popular: Farahwahida
Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular: Farah Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular: Halim Othman
Penyampai Radio Wanita Popular: Linda OnnKredit Gambar: Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment