EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Monday, February 19, 2007

18 Feb 07 - Dua Peristiwa Menyayat Hati

Berita TV jam 8.00 malam telah siarkan dua peristiwa yang menyayat hati. Berita pertama bagaimana seorang ibu sanggup membunuh dua orang anaknya yang masih mentah dengan menjerut leher mereka sehingga mati dan yang keduanya bagaimana seorang pelatih Kolej TUDM dibuli secara tidak berperikemanusiaan.

Apa perasaan anda sebagai pembaca apabila mendengar seorang ibu sanggup menjerut leher anak yang dilahirkannya sendiri hanya dengan mengetahui yang suaminya curang. Tidakkah ibu tersebut mempunyai akal pertimbangan dengan menghukum anak yang tidak berdosa kerana kesalahan orang lain. Tidak sedarkah ibu tersebut bahawa beliau seorang Islam seorang lelaki dibolehkan berkahwin sehingga empat jika dapat memenuhi syarat-syarat yang melayakkannya berbuat demikian dan dengan meredhainya dia dijanjikan tempat disyurga.

Bukan hendak menyebelahi si suami berkenaan hanya kerana saya seorang lelaki tetapi sewajarnya bagi ibu tersebut masih banyak lagi jalan untuk menyelesaikan masalah dan bukan melepaskan geram kepada mereka yang tidak berdosa. Innalillahi wainnalillahirojiun.

Saya telah menulis tentang buli yang berlaku di sebuah SMK Teknik di Sibu Sarawak sehingga mengakibatkan kematian kepada mangsa dera tersebut. Hari ini Buletin Utama TV3 sekali lagi menyiarkan kisah yang sama dan kali ini berlaku di sebuah institusi yang pelajarnya terdiri daripada mereka yang terpelajar dan ada akal untuk berfikir. Rupa-rupanya nafsu kebinatangan tidak kira sama ada pelakunya berfikiran atau tidak. Kolej TUDM setahu saya adalah tempat untuk melahirkan juruterbang-juruterbang pejuang negara dan untuk memasukki kolej tersebut memerlukan kelayakan yang tinggi.

Malangnya di kalangan belia-bila bijak itu mereka menyalahgunakan akal bijak yang dianugerahkan Allah itu untuk "menyiksa" rakan sendiri. Tidak kira sama ada junior atau senior, semua mereka adalah bakal wira negara. Saya rasa amat sedih dan bersimpati kepada ibu-bapa pelatih berkenaan yang disiksa itu lebih-lebih lagi kepada mangsa itu sendiri. Manusia waraskah yang sanggup menolak seorang manusia lain ke dalam longkang, memaksa meminum air longkang dan memakan muntahnya sendiri? Kemudian dimasukkan pula ke dalam tong sampah satu lagi tempat yang jijik. Walaupun mangsa tersebut tidak saya kenali dan tidak ada kena mengena dengan saya selain daripada sesama bangsa dan sesama Islam, saya rasa sebak menonton nasibnya diperlakukan macam binatang itu dan amat dikesali ramai yang lain hanya menonton sahaja seolah-olah ianya satu hiburan. Kepada mereka yang menonton lebih-lebih lagi yang mendera itu, tidak terfikirkah bahawa Allah itu Maha Adil dan Dia membalasnya kepada anak anda sendiri satu hari kelak, apa perasaan anda.

Kepada insan yang merakam gambar penderaan itu, saya ingin memuji anda kerana mengambil inisiatif tersebut. Sekiranya tanpa inisiatif anda mungkin sukar kita hendak mendapatkan bukti dan mengenalpasti siapa yang melakukan penderaan itu. Semoga pihak TUDM akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat. Bagi saya tidak rugi kita kehilangan seorang dua bakal juruterbang yang berperangai kebinatangan daripada mengekalkan mereka untuk menjadi nanah yang busuk dalam sistem pertahanan negara.

SUSULAN

Berikut ialah berita susulan dari kes penderaan pelatih Kolej TUDM
TUDM: tiada kompromi kes dera pelatih
Dendam dipercayai kes dera pelatih
Deraan Ala Abu Gharaib




No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger