Minuman khususnya yang dicampur dengan herba Tongkat Ali semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat negara kita khususnya kepada golongan lelaki. Ini kerana dakwaan bahawa Tongkat Ali boleh meningkatkan libido kelelakian. Hasilnya berbagai produk minuman yang mengandungi Tongkat Ali dicipta dan majoritinya dalam bentuk campuran kopi.
Rakyat Malaysia khususnya di kalangan orang Melayu begitu taksub sekali dengan kejantanan masing-masing. Ketaksuban itu diambil kesempatan oleh penjual ubat kaki lima dan mereka menggunakan "meningkatkan tenaga bathin" sebagai daya penarik untuk melariskan ubat yang dijual. Orang Melayu juga begitu sensitif dengan istilah itu dan mudah percaya.
Baru-baru ini satu berita dari Taiwan melaporkan bahawa minuman bercampur dengan tongkat ali telah diharamkan. Baca blog ini . Alasan Taiwan untuk mengharamkan minuman ini ialah;
"There have not been any tests on tongkat ali, so we do not know whether it affects other ingredients in the coffee or causes side effects to consumers,"
Tindakan Tawain sepatutnya dijadikan iktibar kepada kita disamping cabaran untuk membuktikan kepada dunia bahawa tumbuhan ini memberikan kesan yang positif seperti dunia menerima ginseng. Oleh itu kajian secara saintifik perlu lebih agresif lagi untuk membolehkannya keberkesanannya diiktiraf oleh dunia.

No comments:
Post a Comment