EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Monday, January 15, 2007

Tol Oh Tol

Bantahan kenaikan tol pada lebuhraya sekitar Kuala Lumpur terus dibantah menerusi demonstrasi bantahan kali kedua selepas dadakan dengan jayanya di Sunway pada 7 Januari 2007 yang lalu. Saya yakin tidak ada insiden yang tidak diingini atau rusuhan berlaku dalam perhimpunan itu kerana jika ada sudah pasti media elektronik dan cetak yang dikawal oleh kerajaan akan menjadikannya isu untuk memburuk-burukkan pihak penganjur iaitu parti pembangkang.

Pada 14 Januari 2007 sekali lagi bantahan itu dianjurkan bertempat di tol Gombak dan sekali lagi tidak ada insiden yang tidak diingini. Sebenarnya sejarah sejak era reformasi menunjukkan bahawa mereka yang menyertai demonstrasi di Malaysia untuk membantah sesuatu tidak berlaku insiden tidak diingini jika tidak diganggu oleh pihak berkuasa. Rakyat Malaysia adalah merupakan mereka yang mengingini keamanan dan sebarang provokasi akan menukar sikap. Oleh itu perlukah tenaga pasukan keselamatan digembeling untuk mengawal demonstrasi itu, kerana ia masa, tenaga dan logistik untuk menghadirkan mereka di situ melibatkan wang rakyat.

Berdasarkan gambar-gambar di bawah tanyalah pada diri anda sendiri wajar dan perlukah mereka berada di sini secara full force. Gambar-gambar diambil dari Harakahdaily




Gambar demonstrasi di Sunway boleh dilihat di sini
dan juga di sini

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger